BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 5, 2012

UNTITLED III

Assalamualaikum wbt, 
Alhamdulillah syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup, masih bernyawa dan masih dibawa jagaanNya. Entry ini tidak khusus kepada mana-mana topic mahupun isu. Cuma entahlaa, hati teringin berkata sesuatu.
Maaf kepada anda kerana serba salah yang terlalu melampau yang dirasai. Tidak bermaksud pun untuk berbuat begitu. Cuma perasaan ini terlalu mengikut apa kata hati. Jika diberi masa yang lebih panjang lagi, mungkin semua itu takkan berlaku.
Perasaan itu benar-benar wujud. Ia membawa kepada kebahagiaan begitu juga kepedihan. Dia terlalu baik, jauh berbeza dengan diri yang begitu ... hmm entahlaa. Kasihan dia kerana memilikinya. Adalah baiknya dia memilih yang jauh lebih baik gandanya. Tapi apakan daya, hati memang dah kunci erat tutup rapat-rapat tiada satu liang udara yang akan terlepas. Akan dipastikan dia sentiasa berada di samping, untuk selamanya. Semoga dialahh yang bersama-sama ke Jannah . Amin Insyaallah .

0 comments: