BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 11, 2012

MOVE ON III

Assalamualaikum wbt, 
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi masih lagi diberi nyawa dan peluang untuk hidup. Dah seminggu tak update, fuhh busy sangat pun . Haha taklaah busy mana, cuma entah tak dapat cari masa sesuai untuk update. So di bawah kronologi sepanjang seminggu yang lalu  :)


5.7.2012  Khamis
A last minute plan, sorry Fafa sebab lambat sangat bagitahu. Lepas ambil Fafa, drive ambil Nad kat rumah dia , hehe I manage untuk drive ke rumah dia. Almaklumlah jalan yang rumit ke sana. Then we move on terus pergi Ikea. Kebetulan pula Ikea ada buat promotion on food dia. Tapi sedih, daim cake dah tak available lagi. I don't know why , tapi serious cake tu sedap. Then jalan-jalan dalam Ikea gaya macam nak beli perabut je, around Ikano then balik rumah, Fuhh penat penat. 


Haha takperasan Naddy tangkap gambar ni. My meal Fish and Chip double, Naddy punya Meatball 20 pcs haha , and pencuci mulut 2 slices of almond dark chocolate. Taktahu pula Fafa puasa, so Fafa hanya memerhati kita makan sahaja. 

6.7-8.7 .2012  Jumaat - Ahad 
Weekend balik kampung yeayy dah lama takbalik. Almost a year takbalik juga. Rindu tu ada lahh sikit . Sampai je rumah, terpaksa mengerah tenaga membersihkan rumah. sampai malam tak habis. Keesokan hari, ada tahlil arwah Atuk. Buat kat rumah MakTam. Takdelah meriah seperti tahun-tahun sebelum ni. Ramai yang takda. Balik rumah pun awal, sambung kemas rumah and malam singgah PizzaHut dinner kat sana. Serious tak sangka boleh terjumpa dengan Nanthini Sri , taksilap itu kot nama dia. Katanya dia ambil TESL kat UNISEL. So Goodluck untuk dia ! And ahad, balik ke Klang. Singgah beli durian, 4 biji cost RM110. tapi sangat berbaloi. Sungguh berlemak. Yum yum.


Instagram diperoleh dari Nurazlin, ditangkap semasa tengah berlepak lepas pergi ke Arena Square memborong tudung HAHA

Macam ini je kut anak dara yang hadir, I mean cucu Endon yang masih lagi comel ayu, Perasan hehe So memang takdelah meriah mana kot. Ramai yang tak ada. 

Dan hari-hari seterusnya hanya dihabiskan di rumah.Skype yang tidak pernah lekang. Seminggu ini , entahlahh terlalu bermakna. Si Dia yang tengah cuti menghabiskan masa dirumah. Itulah kesukaan buah hatinya. Terlalu banyak masa dihabiskan bersama . Sampaikan tidur pun dengan Skype. Terima kasih untuk seminggu yang cukup bermakna dan membahagiakan. 
Tapi, itu hanya lah seminggu. Kini jadual Si Dia kembali normal. Berada jauh nun di Pantai Timur , bersama rakan-rakan. Hari pertama yang dirasa, berbagai-bagai. Perbuatan tidaklah seperti yang dinyatakan. Baru hari pertama. Terpaksa mengeluh sebentar. Hanya menunggu masa sampai bila ia akan berlarutan. Hmm masih berhati perut kan ?

0 comments: