BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 23, 2012

Tips Berpuasa ,

Assalamualaikum wbt, 
Alhamdulillah syukur dah masuk hari kedua berpuasa. Masih gagah lagi untuk meneruskan ibadah-ibadah yang wajib dan sunat untuk dilakukan. So topic hari ini, Tips Berpuasa . Actually dah lama nak write about it, cuma masa yang takbanyak dan banyak perkara yang kena settle kan dulu. Kebiasaannya , sebelum nak masuk Bulan Ramadhan, selalu keluar kat tv tentang tips-tips untuk berpuasa. In this entry , I just pick 1 of the tips, and I will elaborate it. 

Sangat tertarik dengan salah satu tip berpuasa, iaitu " PERANCANGAN ". Yes, ia boleh ditafsir dari pelbagai sudut. Normally lah kan, kita manusia ni bernafsu besar, lagi-lagi time fasting. Serious time berpuasa lah start mengidam nak makan itu nak makan ini. Waktu petang pergi Bazar Ramadhan mula lahh rambang mata kalau boleh semua kedai nak beli at least 1 jenis makanan. Nafsu makan ish ish ish. Kemahuan melebihi keperluan. Kalau perut kita ni ada 4 chamber takpelah juga. Makan lah banyak mana pun.

Gambar Hiasan


Okay sebut tentang Perancangan, satu nilai yang sangat berguna semasa berpuasa, I mean, ia sangat bermanfaat dengan mengalmalkan sikap tersebut. Dimudahkan cerita, bagi mengelakkan nafsu makan terlalu membuak sampai takboleh kawal, and yang penting PEMBAZIRAN !! Semasa Bulan Ramadhan lahh kita paling banyak melakukan pembaziran terhadap makanan dan juga wang ringgit . Yeaa tips ni dah mula dipraktikkan untuk Ramadhan kali ini. Okay, caranya mudah. Setiap hari tak kesahlahh waktu apa pun, ( berfore berbuka lahh ehh ) especially kepada those who yang keluar pergi beli juadah berbuka di bazar Ramadhan , really really make sure that you all dah plan nak makan apa. So bila dah sampai kat Bazar nanti, takdelahh rambang mata and still not decide what to eat. Janganlahh sesekali keluar ke Bazar dengan niat, " tengoklah apa yang ada, nanti kat sana baru decide " . Itulah yang menjadikan manusia ni alpa dengan nafsuu.

Lagi satu, kita berpuasa 30 hari, so kita ada 30 hari untuk menikmati juadah-juadah berbuka yang ada kat Bazar. Takperlu gilir-gilir kot sebab 30 hari macam dah cukup untuk semua jenis makanan. Just take it easy, makanan taklari ke mana pun. Bayangkan kita ada 30 hari untuk berpuasa. Tolak hari ni ada 28 days lagi. Lama lagi masa tu. And last, yang penting jangan lupa, Drink Plenty of Water. Memandangkan badan kita akan ternyah-hidrasi kerana kekurangan air, jadi perbanyakkan minum air semasa sahur dan juga berpuasa. Akhir kata, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak  :)

0 comments: