BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 14, 2012

KEBERKATAN :)

Assalamualaikum wbt, 
Syukur ke hadrat Ilahi masih dipanjangkan umur dan rezeki untuk terus menapak di dunia ini. Beberapa hari yang berlalu begitu menguji tahap kewarasan jiwa. Tekanan yang dirasai, Ya Allah hanya Engkau yang Maha Mengetahui.
Alhamdulillah , result UPU dah keluar. Actually tak expect langsung yang result akan keluar by this week. Almaklumlah, dengan tiada kehadiran Facebook, dan begitu juga jarang di ' update ' dengan informasi terkini. Haha nasib baik ada rakan-rakan yang still keep in touch, terima kasih yaaa (:  Hilang segala beban yang tercipta semenjak tahu result nak keluar .
Alhamdulillah sekali lagi, sebenarnya masih takpercaya lagi, mata masih terkebil-kebil. Tetapi itulah realitinya. Segala apa yang dihajat oleh keluarga, guru, mostly my both parents, tercapai juga. Terutama Mama, setiap topik perbualan akan diselitkan penyataan " anak saya belajar doktor kat UM " . Ma, doa mama termakbul. Itulah berkat doa seorang ibu. Walaupun mama tidaklah senormal manusia biasa, tetapi keberkatan yang diterima , Syukur Ya Allah. Bak kata orang , setiap perkataan yang keluar dari mulut adalah doa. Mama , Papa, Adik beradik tak henti meyakinkan diri bahawa layak belajar sana.
Jadi, akhir kata, Semoga bertemu dengan bekas-bekas pelajar Pasum, terutama S1, dan juga menempuh fasa baru dunia perubatan . Insyaallah .

*Empunya diri telah berjaya menerima tawaran melanjutkan pelajaran di Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan di Universiti Malaya. Doakan yang terbaik agar berjaya menempuh kehidupan seterusnya .

0 comments: