BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 24, 2011

DZAHIER HAZIQ M. MUIN

inilah lumrah hidup. yang datang mesti pergi. perkara yang tak dijangka. berita tanah runtuh malas nak ambik tau. simpati tetap ada cuma itulah DUGAAN. terima kasih pada HAZIQ ISHAK, tanpa anda, katak bawah tempurung lah saya. ingatkan hanya khabar angin, tapi semakin banyak bukti mengatakan DZAHIER salah seorang dari yang terkorban. " macam mana lah DZAHIER boleh ada kat sana ? " itulah persoalan semua orang . tapi apa nak buat . ajal maut di tangan TUHAN.
walaupun ENGKAU tak serapat mana, tapi ENGKAU pernah hadir hidup dalam diri aku. memegang peranan berat sebagai ketua kelas 5 AL-BATTANI, ENGKAU tetap disanjung. memori yang takkkan pernah aku lupa tentang ENGKAU ketika aku ke hadapan kelas untuk ujian lisan. jasa pertolongan ENGKAU ' miming ' memberi clue tentang tajuk H1N1. sumpah aku tak lupa. ENGKAU begitu terselah saat perlawanan Bola Jaring antara rumah , Bola Sepak, Bola Tampar segalanya lah. teringat kenangan bila ZIKRI ajak aku study sama-sama kat PAVI dengan BABY. taklama , ENGKAU datang bersama HANA. then mula lah perbincangan nak sambut hari lahir CKG RUFIZA. melihat telatah ENGKAU tidur dalam kelas, menjadi imam, mengetuai bacaan tahlil masa puasa, benar-benar buat aku rasa sebak.
niat ENGKAU suci ke rumah anak yatim tu. tapi dah ditakdirkan ENGKAU menemui ajal disana. redha dan pasrah sahaja. tidak keruan dibuat sepanjang hari tu. impak masih terasa sehingga kini. semoga ENGKAU ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmatNYA. 


nota : AL-FATIHAH buat allahyarham DZAHIER HAZIQ M. MUIN yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di HULU LANGAT, SELANGOR pada 21 MEI 2011.

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU (:

semua punya kisah masing-masing mengenai hari ibu. best betul dapat tengok celebration-celebration hari ibu. alangkah bahagianya jika masa dapat putar balik.  " oh God, how i miss that moment so much." benda yang terjadi apa boleh dikenangkan. terima nasib seadanya lah. memori pahit yang aku alami memang tak siapa yang jangka. 1 week after Chinese New Year, mama kena admit kat Hospital Pantai. so jadual harian selepas sekolah teman mama kat wad. weekend bergilir-gilir adik beradik stay bermalam.  99% badan mama bengkak serius macam belon. 


setelah berbincang sekeluarga, we decide tukar mama masuk PPUM. unexpected gila mama terus admit masuk ICU. almost seminggu juga mama tak sedarkan diri. hati masih ditabahkan memandangkan masih baru kat sekolah MGS. berulang alik dari Klang ke PPUM macam dah jadi rutin. weekend wajib stay overnight kat wad. keadaan dah kembali stabil, mama tukar ke wad biasa. ramai kenalan-kenalan keluarga datang mengjenguk. sebak hati bila teringat nasib mama. 


one day kat sekolah, tiba-tiba Nurul jumpa Pn. Tan yang sedang ajar ADD MATH nak minta kebenaran nak bawa aku pulang. dah lihat perubahan muka Nurul ni , dalam hati dah agak, " this must be something wrong. " tekaanku tepat. mama kena admit masuk ICU balik. condition mama sangat kritikal. until that moment barulah rakan sekelas tahu the truth. semua orang tak sangka. muka nampak cool tapi hati tengah bertarung dengan perasaan. sampai je kat wad ICU , kena tunggu kat luar wad. sumpah tak dapat tahan kesedihan. dengan ramainya saudara yang ada. masing-masing bagi semangat tabahkan hati. 


"ma, jangan tinggalkan cha. nanti takda sapa yang nak ambil berat kat cha lagi. nanti macam mana kita orang nak sambut hari lahir mama, hari ibu. ma jangan tinggalkan cha. " hanya itu doa ku setiap saat. tak lama , doktor keluar. doktor ajak pergi satu bilik. so kami sekeluarga pun follow. " sebenarnya Pn. Suria telah mengalami komplikasi dalam sistem saraf atau SLE. penyakit ni memang sukar nak detect sebab simptom-simptom bagi setiap orang berlainan. lagi satu, Pn. Suria telah mengalami kegagalan jantung berfungsi semasa kami cuba memasukkan tiub pernafasan. " kakak, koko, aku, nurul, papa mula merintih kesedihan. hilang insan teristimewa. "tapi alhamdulillah, Tuhan masih memanjangkan umur dia, dia kembali bernafas setelah 5 minit. kesan kegagalan jantung menyebabkan sebahagian dari otaknya kematian sel. jadi mungkin sebahagian dari memorinya akan hilang. " Ya Allah, kau masih panjangkan umur mama. Syukur Alhamdulillah.


keadaan kembali normal bagi keadaan kami, tapi tidak bagi mama. mama begitu terseksa untuk memulakan hidup baru. mama tak ingat langsung siapa papa, chacha, kakak, nurul koko. mama selalu menangis. mama bukan mama yang dulu. tapi berkat doa dan kesungguhan semua, Alhamdulillah ingatan mama pulih dari hari ke hari. 


so, hampir dua tahun peristiwa pahit berlaku, setiap saat takkan aku lupakan. kadang-kadang sebak juga tengok kebahagiaan orang lain. sebak juga tengok orang yang tak menghargai ibu mereka sekarang. esok Hari Ibu, beratus ribu kali wish mama pun mama takkan ingat. tapi jauh sudut hati, aku sangat merindui mama yang dulu. teramat sangat. jadi sesiapa yang pernah memberi semangat dorongan kat kami sepanjang dugaan ini, terima kasih tak terhingga.  semoga ALLAH membalas segala jasa budi baik anda semua. 


nota: hargai ibu-ibu, mama-mama anda sekalian, selagi mereka masih bernyawa.