BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 29, 2011

HE IS THE ONE, MIGHT BE.

okay. tak pernah-pernah mimpi pasal dia tiba-tiba termimpi pasal dia. hebat betul aura dia sampai boleh terbawa-bawa dalam mimpi. okay dalam mimpi tu dia teman ke mana entah tapi it was shocked, very shocked to know that it was him. sumpah rasa taknak bangun tidur je. tapi apa boleh buat, mimpi mainan tidor.2 bulan jagung yang tersangat muda punya moment je pun. moment ? tak sangat  lah. eh tak langsung pun. bertegur bersenyum tak pernah sama sekali. haha meminati dari jauh. adore dengan sikap dia yang suka sendiri, non-group fanatic . yea style yang simple . hanya beberapa individu saja yang mengetahuinya. tak perlu heboh-heboh kot sebab setahun je pun. dan bukan serius sampai tak dapat frust menonggeng. just follow the flow. but 1 thing, dia tak pernah tau. haha takpelah sebelum ni pun pernah meminati tersimpan pendam perasaan selama 1 tahun setengah, cool je. but seriously wishing hoping that we can either just be friends, at least a moment. (:

Saturday, July 9, 2011

TANPA TAJUK

oh hari yang sungguh menguji keimanan. apa yan selama ni dirancang spoiled mccm tu je. kata 'maaf' diucap. sememangnya tak boleh dibanding dengan perasaan yang membuak-buak. serba tak kena dibuat bila apa yang dihajati sekian lama tak kesampaian. nak merasa pun tak sempat. tau-tau ohh, dah ada . tanpa sebarang berita. the owner tak tau apa-apa. serius terasa gilaa . SANGAT. rasa nak menjerit '' eh aku tak merasa lagi lah kenikmatan tu''. tapi apa boleh buat . itulah sikap manusia. hari yang sangat malang. mengundang segala kemarahan ! but 1 thing really make me alive , at least a moment. finally setelah sekian lama menjadi stalker fb, semata-mata mencari 'dia' punya fb, finally jumpa ! haha R.A. menjerit dalam bilik bila dapat jumpa. at last, haha. so nama dah tau, so apa step seterusnya ? i'll wait and see. :)

Sunday, July 3, 2011

apabila nyawa hampir tiba.

so semalam perjalanan yang sungguh memenatkan. bangun pukul 6 pagi, solat mandi siap-siap pergi balik KK. dah lama decide nak pakai baju kebaya nyonya. last pakai time kenduri kahwin kakak. almost 8 month. nasib baik muat lagi. so sepanjang perjalanan memang tidur. tau-tau dah sampai IPOH. breakfats pun tam ambik lagi. mama teringin nak makan mee kari. time otw nak pergi pekan, area traffic light kat jambatan sayong, insiden yang betul-betul hampir meragut nyawa berlaku. entah apa kena kat bangla yang bawa lori. belok tak reti nak tgk side mirror. nasib baik brek kereta makan. serius dalam kereta menjerit bagai nak rak. oh masih teringat la macam mana lori tu lagi 1 inci nak langgar kitaorang. tapi alhamdulillah ALLAH masih panjangkan umur kami semua. benda nak jadi, apa boleh buat. tengah-tengah menikmati makanan, badan still menggigil lagi. sumpah trauma. 
kat kenduri pula, tepaksa menjadi pengapit untuk pengantin. adoi, menyesal pula pakai baju kebaya nyonya. tak pasal-pasal kena jadi pengapit, buat kali kedua pula tu. hilang seri dah . dan lambat lah kahwin macam ni.  2 tahun ? haha namapak tak sabar sangat nak naik pelamin . *kata orang lah.

Saturday, July 2, 2011

DOMINO'S DELIVERY ,

so hari ni kitaorg decided nak dinner Dominos, memandangkan kawan dah kempunan sangat nak makan. dan kebetulan dia ada belambak punya kupon. standard manusia lah nak banyak-banyak tamak. so kitaorg pun order pakej RM50, 3 regular pizza. dan add up another kupon voucher, dapat another free regular pizza. and total up, 4 REGULAR PIZZA ! padahal makan 2 org je pun. so they send the pizza sampai kolej 12, waiting kat blok D. nasib baik sedikit kerana taklah ramai yang ada kat sekeliling. sekali dia keluar dari perut motor, ambik kau. 4 kotak pizza Dominos . haha RAKUS gila. then kitaorg cepat-cepat bawa naik bilik. elok pula taklama tu, waktu maghrib dah masuk, kawan pun berbuka puasa. dijemput jiran-jiran sebelah menikmati bersama. nasib baik lah habis juga keempat-empat pizza tu. nama pun perempuan. gilaa nafsu. so esok balik KK. taktau why but feels over excited, mcm pulang ke tempat asal. tempat asal ? tak jugaa. 
*sedikit tambahan mengenai kisah jejaka kacak. " finally si gadis berjaya untuk duduk di sebelah lelaki pujaannya. dan langkah pertama pun bermula pabila si gadis mengambil segala peluang yang ada untuk bertanya apa saja kepada si jejaka tersebut. haha tahniah wahai si gadis. si jejaka , takkan tak perasaan sekeliling kau penuh gadis-gadis yang memuja kau ? "