BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 25, 2012

ZERO HYGIENE

Assalamualaikum wbt,


Puas berehat selama 4 hari. Hilangkan penat lelah selepas Conass. Conass really make me crazy !! Haha seriiouslly. Banyak benda berlaku sepanjang cuti ni. Mata dan mnda kembali dibuka untuk keadaan sekeliling. Sorry but I'm not type yang kepochi . Hmm mana nak mulakan ? 

Satu benda yang terlintas dalam fikiran. Why everybody, especially perempuan sibuk nak ada BOYIEE ? I mean not all, but certain. Desperate sangat kahh anda ? What your purpose untuk ada BOYIEE BOYIEE ni ? 
Untuk jaga dia ?
Untuk berkongsi kasih dan sayang ?
Untuk BERSUKA RIA ??
Untuk dijadikan suami ?

Okay bukan nak kata apa, mentang-mentang empunya diri dah berpunya, jujur niat memang nak menjaga, berkongsi kasih sayang, InsyaAllah ada jodoh, akan dijadikan suami yang dapat membimbing. Hmm but based on my experience, tujuan utama adalah untuk bersuka ria.
Seriouslyy I really don't get it. Kau bersusah payah nak kenal seseorang, berhabis duit dengan dia, tambah dosa dengan dia, at the end, hanya untuk menghilangkan bosan, untuk bersuka ria sahaja. 

And for certain people pulaa, diri sendiri pun tak terjaga habis apatah lagi nak jaga diri orang lain. Lagi kat sini bukan nak cakap diri ni terlalu perfect untuk jaga diri sendiri dan orang lain, tapi cukup untuk tidak menyusahkan mana-mana pihak dengan kehidupan kita. Get what I mean ? Macam ni lahh nak dimudahkan cerita. 
FOR GIRLS
Kau bersiap punya cantik, mekap tebal-tebal nak turap muka yang sememangnya sudah cukup sempurna, pakaian huhh mengalahkan artis, padahal nak pergi mana je pun, bukannya everywhere terbentang karpet merah untuk kau. Minyak wangi everytime keluar entah berapa botol habis kau spray. Kasut huhhh mengalahkan ketinggian zirafah. Seluar or skirt takpayah cakap lahh kan. Kalau yang pakai seluar tu, is better kalau kau takpayah pakai. Sebab takda BEZA PUNNN!! And those yang pakai skirt, lebih baik balut je dengan tuala. 
Luaran mereka-mereka ini terlalu sempurna, cantik, sedikit cela pun tidak ada. Bijak mereka. Berselindung disebalik itu, dalaman mereka, I mean what they carries on their life, is MISERABLE ! Based on my experience jugalahh kan, mereka-meraka yang diatas ini, haha really have a bad hygiene. Bad hygiene kat sini bukan lahh dilihat dari aspek kekerapan mandi, tetapi tahap kebersihan yang dipratikkan mereka. Their rooms especially the wardrobe will tell you everything. 



FOR BOYS
Lelaki kalau bad hygiene, orang tak berapa kisah sangat. Sebab mereka memang begitu !
Except untuk sesetengah dari mereka  :)

* Ini hanyalah luahan hati. Tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Thursday, December 20, 2012

BILA KESABARAN DIUJI

Assalamualaikum wbt, 



Kita selalu cakap manusia ni senang lupa diri kan. Berbagai istilah digunakan. Lupa daratan lahh, bagai kacang lupakan kulit lahh. Berdasarkan pengalaman hidup, memang terlalu banyak orang yang sebegini. Tetapi taklahh kisah dan affect my life pun. Lantak hampa nak buat apa asalkan tak kacau hidup. 

But that kind of attitude came across my life. Swear I HATE IT SOOOO MUCH !!! Weyh, tolong lahh. Aku dah nak Conass kot, takkan lahh time ni baru kau nak uji kesabaran aku ?! Kau ingat Conass tu senang, setakat TRUE FALSE semua orang boleh buat. Tapi kau taktau sistem Medic ni  macam mana. I'm the one who take the EXAM lahh doe ! 

Time susah, memang lahh engkau cari mangsa-mangsa kau untuk sama-sama rasa susah dengan kau. Engkau DRAGG dorang sekali rasa keperitan yang kau rasa, betapa kau telah banyak menyusahkan hidup mereka !!!! Tapi sekarang, bila engkau dah dikurniakan dengan nikmat, 
engkau LUPA, 
engkau LALAI, 
engkau TAK MENGENANG JASA 
mangsa-mangsa engkau. Puas kau perlakukan mangsa-mangsa kau begitu.

Nikmat kau , kau taknak pulaa berkongsi dengan orang lain. Kau bersuka ria dengan rakan seangkatan engkau. Apa besar sangat ke darjat rakan seangkatan engkau dengan mangsa-mangsa kau ? Sampai kau perlakukan mangsa-mangsa kau sebegitu. Mana hilangnya nilai keprihatinan dan nilai kemanusiaan kau ? Dah berkurun kau hidup sebagai manusia, adakah bagi kau nilai itu semakin terkikis seiring dengan ketumbesaran kau ?

Taksemua benda indah. Hanya satu perkara mengubah segala persepsi yang akan jadi sesuatu yang tetap. Kini aku faham. Terlalu faham sampai ia memakan balik diri sendiri. Pedih rasanya. Jujur. Macam dakwat hitam yang merebak menutupi putihnya kain. Walau dicuci, berkali-kali dengan apa cara sekali pun, tetapi hasilnya, kain tidaklah akan seputih sesuci dulu. Penyebabnya hanya lahh setitik. Tetapi akibatnya adalah keseluruhannya. 

Sakit, terlalu sakit.

" Ma, cha taksabar nak jumpa mama. Penat sangat hidup ni. "



Wednesday, December 12, 2012

STOP TO THINK MUCH.

Assalamualaikum wbt,

Pengajaran dan iktibar diperoleh dari peristiwa itu ,  

THINK TOO MUCH JUST CAUSE PROBLEMS !! " 

MOVE ON, AND 

SMILE  :)

XOXO


Thursday, November 29, 2012

UNTITLED IV

It hurts. 
So much.

Saturday, November 24, 2012

THE BEST WORD.


Assalamualaikum wbt, 
Today, I made a mistake. 
I couldn't return back the time. 
Picking back all my words that I've thrown to you. 
All that I can fell are guilty. 
I hurt you, so much.
I shouldn't ask for thing that we've both agreed.
I've been thinking to ask about it for weeks.
I just hope that the ending will never be like this.
But it seems to happen exactly like what I were imagine.
When I read back your message, 
I just can't hold my tear.
I broke your heart.
You've hurt a lot.
And now,
The best way is, to leave. 





Friday, November 23, 2012

DAN TERJADI LAGI,

Assalamualaikum wbt,

Another random post. Quite simple, maybe.
Awak call saya.
Saya tidur, mengantuk, penat.
Saya angkat.
Awak cakap dengan saya,
Saya diam.
Awak cakap dengan saya lagi.
Saya tertidur.
Awak terkilan dengan saya.
Saya terjaga.
Awak tanya kenapa diam.
Saya menangis
Awak letak phone.
Saya menangis.
Awak hantar message.
Saya tak henti-henti menangis.

Maafkan saya awak.

Wednesday, November 21, 2012

RANDOM.

Assalamualaikum wbt, 

This entry hanyalah luahan hati semata-mata. It really need to be expelled out. The only way, Blogging :)
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan percintaan ? A typical answer can be percintaan ni satu perhubungan yang terjalin antara lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka dan sayang menyayangi. Am I correct ? Everyone have their own expression about love. Betapa hebtanya cinta ni dari aspek penyatuan. Just imagine how a man from Johor let say, and the girl from Kedah can fall in love. You know, that was huge different there. We're not live with them since childhood, growing together, but at the end, they UNITE !!

We share a lot. Agree ? We should agree on that.  Dalam percintaan ni, banyak aspek yang dikongsi bersama. Perasaan itu for sure lahh. The first priority. Bila bercinta ni, mestilah kita berkongsi satu perasaan yang sama sesama pasangan, **actually ada banyak, but the obviously one, perasaan sayang dan cinta lahh kan. And the rest feeling, macam rindu, doubt, jelous, care and sorts. But actually the main aspect that I found on love is SHARING. 

Dalam hubungan percintaan juga, it actually assess us on how good we are on ACCEPTING our partner. Kan ? Bayangkan kita takpernah tahu one inch of the person's live, so dengan sesi perkenalan yang kadang-kadang mengambil masa berbulan and almost drag to years, di situ kita mengasah skill penerimaan. Perangai, pendapat, nasihat all these thing actually hanyalah satu ujian, erti kata lain, hanya lahh nak menguji sejauh mana penerimaan kita terhadap sesuatu perkara. Dan dari situlahh, terjalinnya sikap tolerasi, cooperation, respect, appreciation. Itu sebablahh wujudnya kes penceraian ( only minor contribution ), pasangan kekasih " break " sana sini, sebabnya hanyalah kerana sikap-sikap tersebut masih terhuyung-hayang macam lalang. Dan sebab perasaan kita yang macam ' lalang ' ni, kadang-kadang the people decide to get back together setelah rationalism mengambil alih.

Takbanyak nak tulis, but take home message, 
 Spend few minutes,
Reflects yourself.
Think what LOVE actually meant.
" Why you need love? "
" What should I DO and DON'T when loving someone? "
" What's your AIM when loving someone? "
" Who you should love? "
And last, 
" Why you should be LOVED? "




Sunday, November 18, 2012

MAKAN ANGIN SANA SINI :)

Assalamualaikum wbt, 

Apa khabar lahh wahai blog terchinta ni ? Lama sungguh tidak meninggalkan sebarang jejak disini. Jenguk selalu je. Haha ayat merapu-rapu almaklumlah lama tak update. So holiday is getting over, tinggal 1 more day lagi, tak puasnya berehat. Alhamdulillah diri pun dah almost recover, lemah satu badan bila diarrhea nonstop for 2 days, campur vomit nausea segala-galanya lahh. So taklah terasa sangat cuti ni kan. Buku pun taklahh sentuh mana pun. Itu yang paling risau. Dengan result Conass yang baru keluar. Takpelaa syukur Alhamdulillah itulaa rezeki kan. Cuma kena strive more harder lahh kan.

Okay this blog mungkin akan jadi sedikit bosan. Nevermind. Bukan ada orang yang akan assess pun kan. So berkenaan tajuk , MAKAN ANGIN SANA SINI , huhu masuk je cuti seminggu, terus membawa diri ke Pantai Timur. Haaaa ? Apa dibuat disana ? haha adalaaa biarlah empunya diri yang simpan yee. And hari Isnin, huhu berjalan-jalan seperti traveller bersama kekasih tercinta di bandar Kuala Lumpur. We really had a great time !!

Hana Hana Hana !!! 

Inilahh dia berpicnic tepi pantai, HewHew.
And for information, hoho spaghetti ni is made by ME !!!

It's been a long time since takmenghirup udara laut. Haha but actually angin laut does darken the skin right ? It really make sense kan .

Saya jogging ??!

*more photo will be uploaded on the next entry :)

** Kepada awak, peperiksaan akhir bakal tiba dalam masa beberapa hari lagi. Setelah penat lelah menempuh dugaan selama hampir 6 bulan, inilah waktu awak melepaskan segala pengetahuan yang ada. Buat sebaiknya semasa peperiksaan ni. Memang kita belajar bukan untuk peperiksaan semata-mata, tapi sebolehnya hanya peperiksaanlahh yang menganalisa tahap kefahaman kita. Kan ? Berceramah pulaa kat sini. Okay sambung. Semester lepas, awak almost nak score matlamat awak dan saya. Kali ni, harap awak dapat melepasi matlamat itu. InsyaAllah. Saya disini akan sentiasa mendoakan kejayaan awak. Maaf jika terkasar bahasa tersalah bicara. Untuk seminggu ni, saya akan menjaga awak sebaik mungkin. Menjaga tingkah laku saya agar konsentrasi awak tidak terganggu.
Itulahh nasihat Iza yang saya tak akan lupa.


Sunday, November 4, 2012

LIFE AS MEDIC STUDENT I

Assalamualaikum wbt, 

A very tough week had just gone by. Haha Seriously almost mencapai limit of the life. Get it ? Where there's no appetite, insomnia, busy studying all the time. Yea that what I experience in past week. Actually I still gone through the week macam biasa, tapi disebabkan tersalah tengok jadual, well actually I thought that Conass will be held this week, well actually it doesn't. Betapa kelam kabutnya hidup bila dapat tau yang Conass held Friday lepas. 

Okay talking about Conass, the system of marking is zero marking. You know, when you answer correctly, you get 1 mark. When you answer wrongly, you'll be deduct 1 mark. And you can not answer 30% of the questions. It means that for each question, you can just leave about 2 suquestions out of 5. We have 3 core subject; Anatomy, Physiology & Biochemistry. Each of core subject consists of 10 questions and each questions contain 5 subquestion. Each topic will be given 20 minutes to answer. And there's no TURNING BACK !!



And kebetulan juga, last week was the 1st week SELF-DIRECTED LEARNING ( SDL ) was conducted. The instructions says " STUDENT ARE EXPECT TO COME PREPARED " haha tengok ayat pun tau yang student must ready for the class. SDL ni macam sesi presentation. Student yang kena present the answer in front of group member. Nervous and low self confident memang kena lupakan lahh time tu. Takda masa nak fikir pasal benda remeh macam tu dahh. Actually teh day before SDL memang stressful skit sebab kena faham what the questions want. And the questions actually cover whole topic , macam UPPER LIMB. So semua benda yang belajar time Upper Limb dia tanya. So actually kitaorang kena revise balik everything. Haha

Kebiasaannya we have PSS atau ( Problem ?? ) halamak lupa pulaa. Dah terbiasa guna short form name. Okay lupakan. PSS ni hanya ada untuk Biochemistry and Physiology. But Biochem PSS yang everyweek ada. Selalunya lahh, for me, I'd rather come to PSS dengan kefahamam basic concept dari takfaham apa-apa. You get what I mean ? Time PSS and tutorial lahh waktu discussion dengan lecturer about things we not understand, not things yang kita taktahu padahal penerangan dah diberi time kuliah. 

The last thing, ialah compulsory subject yang every 1st year medic student kena attend. For UM lahh. For U lain, not sure. We have to compulsory subject, Ethnic and Keusahawanan. Both held on different day, once a week, class starts 5 to 7 pm !! Well time PASUM dulu takpernah pula ada kelas sampai Maghrib, so agak terkejut juga. And actually most of student, generally, dengan paksa rela je datang. Tak semua, tapi kebanyakkannya laahh. For the 1st month masih penuh lecture hall, dah masuk hujung2 2nd month, haha boleh kata half of class je. And even gabung kelas pun, it still half of 1 class. Can you imagine. Cuma terfikir untuk lontarkan idea. Why not for every medical student, tak kira what year you are, we have to take Pendidikan Islam as compulsory subject. Perlu kita seimbangkan ilmu dunia dan ilmu akhirat, kan ?


Well, I think that's all for the past week that I've gone through. Yet, not that tough lagi. Haha. Last, hanya terus berusaha dan bertawakal disamping terus berdoa agar 
terus dibuka pintu rezeki didalam bidang ini dan terus mendapat keberkatan sepanjang perjalanan hidup ini. InsyaAllah. 
This is what most people fell :)


Saturday, October 27, 2012

ONLINE SHOPPING :)

Assalamualaikum wbt,

Allan dengan kereta dibeli oleh Pak Ngah@ Koko  :)


Selamat Hari Raya Aidiladha !! Especially kepada awak :) Sedih juga takdapat balik kampung, kat sana semua tengah sibuk buat celebration untuk birthday opahh, fuuyooo kek 2 tingkat kot. Sipa berbarbeque lagi kot. Untunglaa kepada sesiapa yang balik kan. Apalahh nasib, banyak kekangan, Kebetulan pulaa Allan Haziq kena chicken pox, ohh so sadd. And it seems like berjangkit-jangkit ke semua orang hehe.

Actually nak post the day dapat the delivery, but hehe takda mood pula nak update. So Ahad yang lepas, I'm collecting all others order for cotton on shopping online, it must exceed RM250 to get FREE SHIPPING !! haha macam orang gilaa pergi promote kat orang. Alhamdulillah cukup juga. Hanya extra RM1 sahaja instead of RM250. Before this pernah order juga, but dia takletak syarat kena lebih RM250 baru dapat free ship.

Well actually memang sangat terkejut sebab it just take about 4 days untuk deliver kat rumah . Sekejap kan ? Bila 1st dapat tu, memang sangatlahh terexcited. Well memandangkan empunya diri yang order paling banyak. Dah each baju cost RM5, siapa tak sukaa. hehe

So inilahh rupa barang-barang yang diterima. Banyak kan ? It was so great sebab each of the order elok di-wrap in each plastic. Kalau beli kat kedai takdapat pun macam tu kan ?


Macam inilah contoh rupa one of the shirt. Siap tolong label lagi. And one more thing, I bought scarf, cost me RM5, cheap ahh? well the scarf siap provided dengan hang dia lagi. haha Very worth it lahh.




Sunday, October 21, 2012

KISAH MANUSIA II

Assalamualaikum wbt, 



Hari ini, cerita mengisahkan tentang orang yang BERKIRA !!!
Cukup beberapa moment menahan perangai orang yang sangat berkira.
Akhirnya meletup juga semalam.
Terima kasih awak sebab sudi meringankan beban saya.
Perangai berkira ni memang perlu ada untuk terus hidup,
kalau bermurah sangat pun nanti orang ambil kesempatan.
It really relevant for nowadays lahh.
Especially yang melibatkan money.
Berkira pun ada lahh tahapnya.
Jangan sampai semua benda nak berkira.
Tak susah pun nak tolong.
Dah alang-alang buat kerja yang sama, 
takperlu lahh terlalu mementingkan diri.
Apa salahnya settlekan untuk semua orang. 
Bukannya dapat dosa pun kalau tolong.
Serious tak faham dengan perangai orang macam ni.
Apa yang susahnya pun taktahu.
Bayangkan kalau semua orang macam ni,
lumpuh lahh society kita. 
KAN ?


Saturday, October 13, 2012

THE REALITY IS, IT HAPPENS.

Assalamualaikum wbt, 



It's raining. Heavily raining. 
Hmm entahlahh. Taktahu macam mana nak describe. 
It just happen too fast. Tanpa sebarang persediaan. 
Itulah kuasa Tuhan. 
Bila Dia rasa Dia nak uji hamba Dia, Dia akan uji. 
Tak kira masa dan tempat.
 Hanya untuk, menguji tahap keimanan hambanya. 
Tak banyak sebenarnya nak tulis.
Taktahu macam mana nak gambarkan rasa ini.
Worst than normal pain.
That's all I can say.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Betapa sakitnya rasa ini.
Semoga hati ini terus tabah. 
Jangan cepat berputus asa. 
Never.
Cuma nak cakap satu.
Hati ini tidak memaksa.
We can't force people to like us.
Kalau orang dah taknak, takkan nak dipaksa pulaa.
Kann ?


Thursday, October 11, 2012

YET, THERE'S NOTHING MUCH TO SAY .

Assalamualaikum wbt,



Robot ? Haha it does make sense.
What are the features of a Robot ?
Kaku, Lurus, Lalang, and  HEARTLESS !!
Yepp, Robot memang Heartless. 
Untung manusia kalau Robot ada hati dan perasaan.
Robot memang dicipta untuk menurut apa kata manusia.
Cuba bayangkan kalau Robot yang ada akal fikiran, dan hati perasaan,
itu dah jadi sebahagian dari manusia , kan ?
Robot takfaham bahasa manusia, dia memang buat-buat taknak faham.
Tapi manusia, sempurna akal dan fikiran, lengkap hati dan perasaan,
tahu nak bezakan mana yang baik dan tak.
Kadang-kadang, manusia terpaksa telan apa yang diterima.
Tak kesah lahh apa jenis perkara pun, 
Pujian, Kritikan, Makian, Kemarahan, Sayang,
Nak taknak, Terpaksa telan dan hadam elok-elok. 
Itu perbezaan obviously sangat KETARA.



**There's nothing much to say nor nothing much excitement. 

Tuesday, October 9, 2012

REALITI KEHIDUPAN :)

Assalamualaikum wbt, 


Entah mana silapnya Kita, perkara ini akhirnya berlaku.
Tanpa sebarang rancangan dan petunjuk,
ia terus menerkam dan membebani Kita.
Kita, tanpa sebarang persediaan, terkapai-kapai, mencari hala tuju.
Itulah realiti kehidupan manusia, 
Tiada PERSEDIAAN.

Entah mana silapnya Kita, membiarkan perkara ini berlaku.
Benteng yang dibina secara automatiknya, 
ditambah dengan egois yang melampau,
dan kefahaman yang tersendiri, 
Akhirnya, buntu ke jalan penyelesaian.

Dan Entah mana silapnya Kita, terus membiarkan perkara ini berlaku.
Betapa satu kejadian mahupun satu kesalahan boleh dihukum,
dengan sebegitu kejam.
Tanpa sebarang penjelasan munasabah dan kukuh,
hukuman dijatuhkan serta merta. 
Itulah realiti kehidupan manusia. 

Dan Kita, tidak mampu untuk melakukanya.
Memperbetulkan kembali apa yang telah terjadi.
Membina fasa kehidupan yang baru.
Tetapi, kita  masih terdiam, membisu dan buntu,
untuk MENGUBAHNYA. 


 KITA hanya akan " mula " menghargai apabila sesuatu itu " mula " menghilang.

Saturday, October 6, 2012

Priority When You Are An Option.

Assalamualaikum wbt, 


Alhamdulillah syukur Ya Allah. Sebulan yang penuh dengan rintangan dan dugaan. Berlalu juga. But more months and years there !! Buddy pun dah ada. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 
Okay berkenaan dengan tajuk. Diilham dari incident yang berlaku minggu ni, 2 incident yang berlainan, tetapi membawa kepada maksud tersirat yang sama. PRIORITY.

Incident ini takperlulah diterangkan dengan lebih lanjut. Mungkin akan membuat pihak-pihak tertentu tersinggung. Incident yang pertama, bila pihak yang terlalu bijaksana mengambil peluang dengan " menindas " pihak yang kurang bijaksana. Mungkin banyak mata-mata yang tidak perasan , tetapi bila perlakuan itu diinterpret dalam-dalam, itulah hasilnya. Memang tidak ketara, tetapi bagi yang sederhana bijaksananya, cukuplah setakat apa yang terpampang depan mata. Betapa hebatnya mereka mengambil alih kuasa autonomi golongan kurang bijaksana. Dan golongan kurang bijaksana, membiarkan diri mereka ditindas, tanpa apa sebarang tindakan, kata sepakat untuk menentang biarpun secara senyap. Dan mereka akan terus ditindas.

Incident yang kedua, cukup rapat dengan kehidupan. Sekali dua ia terjadi, boleh tutup sebelah mata dan pekakkan telinga. But it keep repeat and repeating,  obviously. Memang sangat sukar untuk decide which pilihan yang paling tepat, I mean priority of the situation. Ibarat tersepit kat tengah-tengah. Kalau pilih A, mungkin B lagi penting mahupun akan menyinggung perasaan B. And same goes to A. Mungkin secara kebetulan incident itu berlaku bila terlalu melayan perasaan. Tapi itu mungkin kemungkinan. Tak mustahil untuk berlaku secara takdir. Dan itu terbukti sekali lagi apabila priority lebih memihak kepada kemahuan diri sendiri, dan bukan keperluan diri. Dan mungkin Priority  kepada keperluan diri akan tiba apabila kita tergolong dalam salah satu Pilihan.


* Song of the day : D'masiv - Cinta Sampai Disini

Saturday, September 29, 2012

When Everything Went Wrong.

Assalamualaikum wbt, 


Avery TIRED week. Seriously. Kepenatan hari Selasa dah macam penat hari Khamis. The real life is getting revealed. Haha. Kelas dari 8am sampai 7 malam. But not everyday laa. But really medic student  memang isolated around here. I mean for those yang baru di UM, they won't go any further than KK2, unless you're Pasum student. Kan ? Adalah rasa nak jenguk cafe KK12 lagi. Disini nak sertakan sekali, sedikit coretan, ikhlas dari hati, yang sekian lama terbuku, khas untuk awak.

"Nak tahu satu benda tak ? Perkara yang paling saya takut bila jadi medic student adalah komitmen saya terhadap hubungan kita. Everyday since saya start belajar, and now dah genap sebulan, I kept think about it. Betapa besarnya perubahan saya. Kurangnya masa terutama untuk awak. And everytime kita ada salah faham, saya balik lambat, saya penat tidur awal, it makes me feel so sad and sangat takut. Kesedihan yang takdapat dibendung bila awak kena face kehidupan baru saya. You shouldn't feel it dear. Boleh ke awak tahan dengan saya sampai bila-bila ? Baru sebulan ni pun, hmm lemah semangat bila fikirkan balik. Setiap hari saya menangis bila fikir pasal kita. Hiba sangat rasanya. Tak bermaksud saya dah berputus asa dengan awak. Cuma kerisauan dan keraguan terlalu menghantui saya. Most of the time. Saya tahu awak sayang saya. Cuma mungkin saya dah biasa dimanjakan, setiap kali kalau kita bergaduh, atau salah faham benda yang kecil ke, mesti saya orang yang paling terasa hati dan cepat tersinggung. Apa saja yang keluar dari mulut awak, mesti saya akan putar belit jadi negatif. Saya rindu diri saya yang dulu. Yang tidak terlalu sensitif dan memahami awak. Sekarang awak nak bergurau dengan saya pun awak akan fikir 2 3 kali dulu. takut-takut kalau awak akan tersinggung perasaan saya. Awak, maafkan saya kalau saya takmampu nak tunaikan permintaan awak. Macam kejadian tadi. Dan maafkan segala kesalahan saya kat awak. Awak nak tahu, sampai satu masa tu, saya terfikir nak stop all this things. Stop sakitkan hati awak, buat awak seksa menunggu saya. Terasa diri ni sungguh taklayak dengan awak. Serious awak tak layak untuk rasa semua kesakitan ini. Maafkan saya awak. "




**Song of the day: Bunkface - Jatuh

Wednesday, September 26, 2012

PERFUMES !! SALES !!

Assalamualaikum wbt, 

Haha dah lama tak berblogging. And now berblogging terus nak promote. Well Done Mell !! Okay so hari ni, 1st thing, ini hanya untuk mengisi masa lapang je. Actually nak tolong abang jual perfumes. Almaklumlahh, bilaa kerja kat Wholesale ni, banyak benda yang murah-murah. Kebetulan perfumes kat sana is soo CHEAP !! Because it is DUTY FREE !! So kat bawah ni, ada list of perfumes for both MEN and Women. 





NO LIMIT OF ORDER !!!
AND IT IS ORIGINAL !!

** Sorry if the details are not soo clear. Any enquiries, kindly leave your comment :)


Monday, September 17, 2012

PERTEMUAN KALI KEENAM .

Assalamualaikum wbt, 
It's been a few weeks since I left this blog. Kehidupan yang teramat busy bila start masuk MBBS. Tiap-tiap hari ulang alik ke fakulti. Sampai demam-demam sebab terlalu penat. This will be a short entry. Hanya nak mencatat sejarah yang dilakar kelmarin. 

Maafkan saya kerana terlewat. Hajat awak tercapai juga untuk jumpa Allan. And terima kasih sebab teman saya cari kasut yang akhirnya jumpa juga. Then saat kita berdua kat Putrajaya. Pergi solat sama-sama. Rindu saat itu.


Terima kasih kerana sudi hadir dalam diri saya.
Maaf terpaksa menyusahkan awak untuk turun jumpa saya,
untuk lepaskan rindu teramat kat awak.
Saya akan pegang pada janji awak, saya dan kita.
Saya takkan hampakan awak dengan pelajaran saya.
Walau jadual saya mula berubah mulai sekarang,
kurangnya masa bersama awak,
Awak perlu tabah , ingat itu.
" Saya kena lebih bersemangatkan lepas ni "
Semoga hubungan ini diberkati dan kekal selamanya.
Saya sayang awak, cinta awak, Azreen Izham .

Thursday, August 30, 2012

Love and Other Impossible Pursuits.

Assalamualaikum wbt, 


Just now baru watch cerita Love and Other Impossible Pursuits. Nasib terlalu baik bila buka je tv, movie ni baru start. I watched it before. tapi time hujung-hujung movie je. Really touched me. Tapi waktu tu tak berapa ingat sangat apa tajuk cerita dia. Yang ingat Natalie Portman yang berlakon.

Jalan cerita dia sangatlah mendalam. Just a review laa, macam mana seorang wanita deals with dia punya stepson and deals with incident kematian bayi dia. Entahlah, bila tengok cerita ni, terasa mendalam gila maksud sebaliknya. How hard her life untuk teruskan hidup padahal masih dibayangi dengan kesilapan lalu dia. Ditambah dengan suami dia yang sungguh memahami tapi tewas juga akhirnya. Permasalahan yang terlalu sukar untuk ditangani. Bertambah teruk apabila anak tiri yang tersepit antara kemahuan dua ibu. 

Sampai one moment bila dorang had argument, terasa nak menangis. Babak bila Emilia akhirnya dapat tahu yang dia tak bunuh anak dia sendiri, betapa excitednya dia nak share dengan suami, dan waktu itu juga finally suami dia terus terang, " Everything was too hard ". Last, both of them tewas untuk meneruskan hubungan. 

Serious tak rugi kalau tengok. This movie really thought me how to handle probs, jaga hati dan perasaan orang dan yang penting, menghargai yang masih ada. Kebetulan pula, perasaan pun tengah unstable. Awak pun biasa je. Tak ambil kesah pun pasal condition saya. Your word, " Take your time ". Entahlahh. Hiba rasanya. 

" Semuanya berlaku secara kebetulan - Love and Other Impossible Pursuits  "

Selingan ,

" Jadi engkau yang patut, 
   yang patut..
   Memberiku segala..
   Kerna engkau mampu, engkau mampu,
   Melakukan apa-apa saja..  
   Untuk Aku .                                             "

Monday, August 27, 2012

HAPPY EID 2012 :)

Assalamualaikum wbt, 
It's been a long time since the last time I update my blog. Haha macam biasa lah waktu dekat-dekat raya. Memang tersangatlahh busy walaupun tak beraya disini, sibuk nak buat kuih raya lahh, dah buat tu kena lahh kemas masuk dalam balang. Then packed all the things baju raya tudung segala bagai. Huh memang penat. 

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Cuma raya kali ini tidaklah semeriah sebelum-sebelum ini. * Sebenarnya memang dah lama tak meriah pun. Cuma excited nak menggayakan baju baruu ceewaah haha. Okay this entry tak berkisar pasal apa-apa sangat, cuma saja menulis almaklumlah dah lama tak update.

Just nak mention a few things je. Jeng Jeng Jeng... Raya ketiga ada kenduri kakak sedara bertunang. So agak kelam kabut sikit bila kitaorang kena rush ke majlis pertunangan padahal baru menjamah makanan kat kenduri tahlil jiran sebelah. Haha tak keruan dibuatnya. So bawah ni ada fews photo time majlis pertunangan tu.

Sempat bergambar sekejap. Bersama Opah tersayang.

Hanya ini sahaja yang mampu dikumpulkan. I mean segala anak-anak dara yang masih berbaki. Hehe.

And hari khamis , dapat juga beraya dengan awak. Actually bukan lah beraya sangat pun. Cuma awak datang beraya rumah saya sekejap, then rush pergi ke Ipoh. Sempat tengok Expendables 2 lagi tu. Thanks Iqa sebab memahami situasi Cha. Haha takpernah dibuat pergi shopping mall pakai baju raya. Sorry awak sebab kena pakai baju Melayu for the whole day. 

Walau half day + je kita spent time, cukup buat saya rasa sangat bahagia .

Happy Eid 2012 Awak !!

Sunday, August 5, 2012

PERTEMUAN KALI KELIMA

Assalamualaikum wbt, 
Alhamdulillah dah masuk Ramadhan yang ke-16. Sekejap rasanya tau-tau dah separuh bulan berlalu. Dan seperti yang dijanjikan juga, YEAA!!! awak turun juga akhirnya. Penantian selama 3 bulan, fuhhh fuhhh *sebenarnya takada lahh lama mana, cuma entah, maybe kami terlalu jauh. 


Seperti yang dirancang, plan of the day adalah untuk shopping raya di Jalan Tar and berbuka puasa kat Shah Alam. So Jumaat pagi, naik ktm sama-sama dengan awak sampai Bank Negara. Maybe takbiasa bangun pagi-pagi *bangun tidur lepas sahur , sampai terlelap-lelap dalam train. Then sampai Ktm Bank Negara, pergi Sogo. Padahal time tu baru pukul 9+ pagi. Haha agak lawak juga bila sampai awal sambil menikmati saat bandaraya Kuala Lumpur nak hidup. Bila samapi je kat entrance Sogo, makk aii gila ramai orang yang dah tunggu nak masuk. Mau tak gila melihatnya. Macam lebih kurang setengah jam lagi baru dia akan buka je. Hadoii, tapi pelik juga, dorang ni tak bekerja ke? Awal-awal pagi lagi dah tunggu luar. 


Saat pintu Sogo dibuka, orang pun mula berpusu-pusu masuk. Memandangkan kami ni takda apa nak rush sangat, so just take it easy saja. Setiap floor kitaorang menerjah, boleh tahan sale dia. And awak pun sempat membeli short and baju awak. 


Inilah keadaan di perkarangan Sogo , dimana orang ramai telah menunggu untuk pintu masuk dibuka. Hebat !!

Baru beberapa ketika dalam Sogo, inilah keadaan di Ground floor mereka. Waktu ni takberapa ramai lagi, time kitaorang nak balik, setiap pelusuk ruang tu dah diisi , memang langsung takboleh gerak kott.

Then kitaorang move on ke gerai-gerai di Jalan Tar. Taklupa, singgah kat Muaz Textile. Nasib takramai orang. Kedai ni sesuai untuk orang yang gemar pakai tudung sarung kot, memang banyak gilaa tudung macam tu. Sempatlah beli beberapa tudung cotton yang bercorak-corak. And awak pun dah beli baju melayu awak, warna purple, setelah banyak yang saya takberkenan. Elok punya elok tengah berjalan, tiba-tiba hujan lebat. Nasib sempat sampai kat deretan kedai, stop pula kat depan kedai kasut yang jual payung. Best sebenarnya jalan dalam hujan, I mean with umbrella. Sebab takramai orang, so takpayah nak berebut-rebut. Tapi banyak pula gerai yang almost tutup, yelaa nak jaga barang dorang. 

Alhamdulillah sempat juga beli tudung sulam kat kepala. Hehe total ada 4 helai kot, banyak kan ? Then singgah lahh mall-mall yang ada sekitar Jalan Tar. Kononnya nak cari tempat duduk, tapi dalam tu haprakk satu pun takjumpa. Last-last dapat juga berehat kat luar bangunan Semua House tak silap. Lama juga berehat. Then jalan-jalan sampai ke bangunan Polis Dang Wangi, haha jalan kaki tu. Then masuk balik Sogo beli baju Allan, and awak sambung bershooping beli satu lagi helai baju and beg silang. 

Ni hasil shopping. Sebenarnya segala barang yang satu-satu telah dimasukkan sekali dalam beg kuning, kembung kan beg tu ?

Waktu balik, Alhamdulillah memang rezeki kot, sampai je kat stesen Ktm tu, train pun dah sampai. Dari Bank Negara dah start berdiri. Sampai ke Kl, OMG makin bertambah. Nasib ada seorang Indian yang baik hati bagi duduk, memandangkan dia nak turun kat Kl Sentral. Tak sangka pula kat Kl Sentral takda satu orang pun yang nak turun. Makin berhimpit-himpit tapi nasib awak kat depan saya. Kesian kat awak. 


And moment yang paling dinanti, makan time !! Nasib sampai area sana awal. Sementara nak tunggu tu, singgah Giant dulu beli Subway untuk bersahur. Sumpah besar gila Flamming Steamboat kat Shah Alam. Lagi besar dari Sunway punya. 
Antara makanan yang kitaorang ambil. Fresh-fresh belaka .

Bila muka excited nak makan Haha,

Chaiyokk kopek kulit udang banyak-banyak, tapi saya yang makan Gheee~

Really had a great time , walaupun penat, but worth it. Memang sangat kenyang , sampai banyak makanan yang takhabis. 

Tiba saat untuk berpisahh. Taksuka ! Taksuka ! Bila sampai terminal, awak takbagi saya tunggu awak. Awak risau saya balik seorang-seorang. Kebetulan bas pun dah sampai. Entahlah, hati takboleh nak rasa perpisahan itu terlalu lama, ia sangat memedihkan. Nampak wajah awak memang taknak lepaskan saya. Terkejut dan takpercaya dengan tindakan awak, walau di khayalak ramai. Tetapi, awak tetap pergi juuaa. Terima kasih awak untuk teman saya seharian dari pagi sampai malam. And hajat awak untuk berbuka dengan saya telah pun tertunai. Terlalu singkat masa bersama sampai mimpikan awak 3 kali. Insyaallah ada rezeki, panjang umur, kita jumpa lagi ea   :)

Quotes of the day ,


Tuesday, July 31, 2012

LAGU RAYA I

Assalamualaikum wbt, 
So hari ni, buat medical checkup. Paling lemah sebenarnya nak checkup-checkup ni, habis segala darah disedut. Penah sekali sampai 4 botol kot, mau pengsan dibuatnya. So pagi, hanya mengisi perut dengan milo ais, pemberi tenaga haha then after hantar sis sekolah terus pergi PPUM. Nice, very nice. Almost nak park kereta ni, tiba-tiba angin dah naik sampai kepala, "uweekk !! uweekk !! " kat belakang. Memang disaster gila, padahal naik kereta je pun. Mabuk sangat sampai muntah segala yang diisi pagi tadi.

Alhamdulillah settle everything, siap dapat hold baby yang baru je lahir, OMG they are so small !! Otw balik ke rumah , radio pula tak henti pasang lagu raya. Haha Ramadhan pun baru seminggu lebih start, lagu raya dah berkecorong dalam radio. Am I spell it right ? Okay whatever. Bila dengar lagu-lagu raya ni, teringat pula memories time kat SABDA. Mostly time Form 5 yang terasa sangat manis. Duduk dorm all prefects, memang buat rules sendiri lahh kan. Kalau taksilap, time puasa tu Trial SPM. So memang pulun lah nak study sambil berpuasa. Sangat memenatkan, tapi berkat kan ?




Kalau time musim-musim nak raya ni, macam-macam ragam manusia lahh kan, especially for those yang berjauhan dengan family, jadi perantauan. So time trial , puasa, banyak masa terluang, so mostly of the time dihabiskan dalam dorm. Belajar. The best part, sesiapa yang bawa phone, bawa mp3, akan pasang radio, cucuk dalam speaker then melalak dalam dorm. Elok pula semuanya lagu-lagu raya. Memang terasa sangat mendalam lah perasaan tu, dah lah berjauhan dengan family, yang ada kawan-kawan. Nyanyi lagu raya sama-sama, berkongsi kisah masing-masing. Ohh rindu nya saat itu. 

Belum masuk lagi kalau melepak kat kantin. Dari jauh boleh dengar. Punyalah besar punya speaker dipasang. Bila tengahri nak ke petang, sangat sesuai lah belajar di tempat lain selain dari dorm, kerana ia hanya akan mengundang mengantuk je. Kalau kat kantin, lagi happening. Seriously sangat merindui moment-moment itu . Haha mungkin itu kot yang last perasaan beraya yang bermakna , jauh dari bandar. Wish dapat merasa lagi begitu, bersama rakan perjuangan SABDA.


Quotes of the day, 

**Lagi 2 hari nak jumpa awak, taksabarnya ;)

Sunday, July 29, 2012

SAYA RINDU AWAK ,

Assalamualaikum wbt, 


Jumaat ni, InsyaAllah tiada apa halangan, bertemu kembali.
Setelah hampir 3 bulan, jangka masa yang sangat lama.
3 bulan berlalu, terlalu banyak yang dilalui.
Alhamdulillah, awak masih tabah melayan karenah saya.
Tak sabar nak tunggu hari Jumaat nanti.
Berbuka bersama dengan awak.
Shopping raya bersama.
Tapi sayang, hanya sehari sahaja.
Tidak mengapalahh, itupun sudah memadai .

Awak , saya taksabar nak jumpa awak  ;)

Thursday, July 26, 2012

BERBEZA KAN ?

Assalamualaikum wbt, 


" Istilah kawan bagi Lelaki adalah bermulanya sesuatu hubungan yang serius , tetapi Perempuan, istilah kawan adalah tamatnya sesuatu hubungan yang serius "



*tidak dinafikan  :)

Monday, July 23, 2012

Tips Berpuasa ,

Assalamualaikum wbt, 
Alhamdulillah syukur dah masuk hari kedua berpuasa. Masih gagah lagi untuk meneruskan ibadah-ibadah yang wajib dan sunat untuk dilakukan. So topic hari ini, Tips Berpuasa . Actually dah lama nak write about it, cuma masa yang takbanyak dan banyak perkara yang kena settle kan dulu. Kebiasaannya , sebelum nak masuk Bulan Ramadhan, selalu keluar kat tv tentang tips-tips untuk berpuasa. In this entry , I just pick 1 of the tips, and I will elaborate it. 

Sangat tertarik dengan salah satu tip berpuasa, iaitu " PERANCANGAN ". Yes, ia boleh ditafsir dari pelbagai sudut. Normally lah kan, kita manusia ni bernafsu besar, lagi-lagi time fasting. Serious time berpuasa lah start mengidam nak makan itu nak makan ini. Waktu petang pergi Bazar Ramadhan mula lahh rambang mata kalau boleh semua kedai nak beli at least 1 jenis makanan. Nafsu makan ish ish ish. Kemahuan melebihi keperluan. Kalau perut kita ni ada 4 chamber takpelah juga. Makan lah banyak mana pun.

Gambar Hiasan


Okay sebut tentang Perancangan, satu nilai yang sangat berguna semasa berpuasa, I mean, ia sangat bermanfaat dengan mengalmalkan sikap tersebut. Dimudahkan cerita, bagi mengelakkan nafsu makan terlalu membuak sampai takboleh kawal, and yang penting PEMBAZIRAN !! Semasa Bulan Ramadhan lahh kita paling banyak melakukan pembaziran terhadap makanan dan juga wang ringgit . Yeaa tips ni dah mula dipraktikkan untuk Ramadhan kali ini. Okay, caranya mudah. Setiap hari tak kesahlahh waktu apa pun, ( berfore berbuka lahh ehh ) especially kepada those who yang keluar pergi beli juadah berbuka di bazar Ramadhan , really really make sure that you all dah plan nak makan apa. So bila dah sampai kat Bazar nanti, takdelahh rambang mata and still not decide what to eat. Janganlahh sesekali keluar ke Bazar dengan niat, " tengoklah apa yang ada, nanti kat sana baru decide " . Itulah yang menjadikan manusia ni alpa dengan nafsuu.

Lagi satu, kita berpuasa 30 hari, so kita ada 30 hari untuk menikmati juadah-juadah berbuka yang ada kat Bazar. Takperlu gilir-gilir kot sebab 30 hari macam dah cukup untuk semua jenis makanan. Just take it easy, makanan taklari ke mana pun. Bayangkan kita ada 30 hari untuk berpuasa. Tolak hari ni ada 28 days lagi. Lama lagi masa tu. And last, yang penting jangan lupa, Drink Plenty of Water. Memandangkan badan kita akan ternyah-hidrasi kerana kekurangan air, jadi perbanyakkan minum air semasa sahur dan juga berpuasa. Akhir kata, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak  :)

Friday, July 20, 2012

KISAH MANUSIA I ,

Assalamualaikum wbt, 
Syukur Alhamdulillah masih mampu bernafas dibawah lindungan Nya. Masih ditetapkan hati untuk meneruskan hidup berusaha mencari hidayah Nya dan mengumpul segala kebaikan. Seperti yang telah diberitahu, esok, Sabtu 21 July 2012 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1433 Hijrah menanda telah masuknya kita semua umat Islam ke bulan yang paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Semoga kita mengejar dan berebut-rebut untuk memperbanyakkan amalan pada bulan ini. InsyaAllah . 


So berkenaan dengan tajuk, entry ini akan lebih mengisarkan tentang pengalaman saya dengan manusia-manusia yang telah singgah dalam kehidupan saya, sama ada dalam masa yang singkat, mahupun dalam jangka masa yang lama. Tetapi peringatan, kisah-kisah tersebut tidak lah di ' mention ' nama mereka. Kisah-kisah ini juga tidaklah berniat untuk memandang rendah, mengkritik , berdendam , menyakitkan hati mahupun seangkatan dengannya. Cuma ini hanyalah pandangan saya mengenai diri mereka. Saya pun bukanlah manusia yang sempurna. 


Bermulanya kisah apabila saya mula berkenalan dengan Si Gadis , andaikan dia adalah Gadis A. Memandangkan berada di tempat yang baru, memang susah nak membiasakan diri . Pemalu lah katakan. Dan Gadis A mempunyai seorang lagi rakan iaitu Gadis B. Dipendekkan cerita, pada awal pembelajaran , kami sentiasa bersama. Cuma waktu makan , Gadis A lebih selesa untuk menjamah didalam bilik. Lama kelamaan, banyak masa yang dihabiskan hanyalah antara saya dengan Gadis B, disebabkan jadual Gadis A berbeza dengan kami, 1 additional information, Gadis A lebih bijak dari kami berdua. 


Dijadikan cerita, memang kami banyak habiskan masa bersama. I mean macam pergi kuliah sama-sama, makan sama-sama, balik kolej pun sama-sama. I have a really bad attitude di mana sangat gemar untuk menilai orang. Tapi hanya untuk kepuasan diri sahaja, bukanlah menjaja perihal orang kepada orang lain untuk menarik perhatian. That not really me :)  Actually my first impression toward her, seorang gadis yang agak skema, tidak kesah tentang penampilan diri, maksudnya pakai apa pun okay, not Brand-y girl. So bila banyak masa yang spend dengan dia, makin banyak penilaian dibuat. Antaranya, sedikit mementingkan diri, degil mungkin, kurang masa untuk diri sendiri, kurang yakin terhadap diri sendiri, kurang bersosial , macam kurang bergaul dengan orang. Ingat, ini semua hanyalah penilaian semata-mata.


Masa pun berlalu, haha ini yang the best part. Finally the truth revealed. Terbukti segala penilaian yang dibuat, sedikit demi sedikit. Gadis B sangat tidka gemar kalau dirinya disusahkan. Macam ada orang minta tolong, any king of help. Nanti mulalah merungut. And terlalu low self confident . Teramat. Sanggup takbalik untuk study for exam. Cool sudahh. Spend more time dengan diri sendiri. Indulge sikit diri, isn't that much more better ? And one more habit, terlelap dalam lecture. Dah berbuih mulut nasihat, kalau mengantuk teruskan tidur, takperlu tahan, tapi kedegilan nya, masih nak bertahan lagi. Last-last, mengantuk takhilang, belajar pun takmasuk apa-apa. Tak begitu ? 


Sampai lah satu tahap, bila dimana perangai Gadis B takboleh diterima, akibat terjadinya sati insiden, maka putus hubungan kami berdua. Totally. Takda lagi ke kuliah sama-sama, makan sama-sama. Dia perlu untuk sedar sendiri, perbaiki diri sendiri. Bukanlah saya baik sangat nak tegur, tapi masing-masing dah besar, matang, pandai-pandai sedar sendiri kan. And until now, tak pernah dengar langsung berita pasal dia. How final result dia, UPU dapat mana, langsung tak. Terima kasih kerana singgah sebentar dalam hidup ini. Maaf atas segala perbuatan. Harap tidaklah putus begitu je hubungan yang terjalin. 


Quotes of the day :)

**Rasa ini, makin hari, semakin hilang. Walau dikejar, tetap hilang. Beberapa hari ini, telah cuba untuk kembalikan rasa itu, begitu perit rasanya. Namun saban hari, masih lagi gagal. Anda tidak faham, rasa yang ditanggung, diri ini sudah cukup lemah untuk meneruskan. Tidak minta lebih, cukuplah sekadar hadirnya anda sebagai sesuatu yang hidup dan menguatkan kembali rasa ini dalam diri.