Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah dah masuk Ramadhan yang ke-16. Sekejap rasanya tau-tau dah separuh bulan berlalu. Dan seperti yang dijanjikan juga, YEAA!!! awak turun juga akhirnya. Penantian selama 3 bulan, fuhhh fuhhh *sebenarnya takada lahh lama mana, cuma entah, maybe kami terlalu jauh.
Seperti yang dirancang, plan of the day adalah untuk shopping raya di Jalan Tar and berbuka puasa kat Shah Alam. So Jumaat pagi, naik ktm sama-sama dengan awak sampai Bank Negara. Maybe takbiasa bangun pagi-pagi *bangun tidur lepas sahur , sampai terlelap-lelap dalam train. Then sampai Ktm Bank Negara, pergi Sogo. Padahal time tu baru pukul 9+ pagi. Haha agak lawak juga bila sampai awal sambil menikmati saat bandaraya Kuala Lumpur nak hidup. Bila samapi je kat entrance Sogo, makk aii gila ramai orang yang dah tunggu nak masuk. Mau tak gila melihatnya. Macam lebih kurang setengah jam lagi baru dia akan buka je. Hadoii, tapi pelik juga, dorang ni tak bekerja ke? Awal-awal pagi lagi dah tunggu luar.
Saat pintu Sogo dibuka, orang pun mula berpusu-pusu masuk. Memandangkan kami ni takda apa nak rush sangat, so just take it easy saja. Setiap floor kitaorang menerjah, boleh tahan sale dia. And awak pun sempat membeli short and baju awak.
Inilah keadaan di perkarangan Sogo , dimana orang ramai telah menunggu untuk pintu masuk dibuka. Hebat !!
Baru beberapa ketika dalam Sogo, inilah keadaan di Ground floor mereka. Waktu ni takberapa ramai lagi, time kitaorang nak balik, setiap pelusuk ruang tu dah diisi , memang langsung takboleh gerak kott.
Then kitaorang move on ke gerai-gerai di Jalan Tar. Taklupa, singgah kat Muaz Textile. Nasib takramai orang. Kedai ni sesuai untuk orang yang gemar pakai tudung sarung kot, memang banyak gilaa tudung macam tu. Sempatlah beli beberapa tudung cotton yang bercorak-corak. And awak pun dah beli baju melayu awak, warna purple, setelah banyak yang saya takberkenan. Elok punya elok tengah berjalan, tiba-tiba hujan lebat. Nasib sempat sampai kat deretan kedai, stop pula kat depan kedai kasut yang jual payung. Best sebenarnya jalan dalam hujan, I mean with umbrella. Sebab takramai orang, so takpayah nak berebut-rebut. Tapi banyak pula gerai yang almost tutup, yelaa nak jaga barang dorang.
Alhamdulillah sempat juga beli tudung sulam kat kepala. Hehe total ada 4 helai kot, banyak kan ? Then singgah lahh mall-mall yang ada sekitar Jalan Tar. Kononnya nak cari tempat duduk, tapi dalam tu haprakk satu pun takjumpa. Last-last dapat juga berehat kat luar bangunan Semua House tak silap. Lama juga berehat. Then jalan-jalan sampai ke bangunan Polis Dang Wangi, haha jalan kaki tu. Then masuk balik Sogo beli baju Allan, and awak sambung bershooping beli satu lagi helai baju and beg silang.
Ni hasil shopping. Sebenarnya segala barang yang satu-satu telah dimasukkan sekali dalam beg kuning, kembung kan beg tu ?
Waktu balik, Alhamdulillah memang rezeki kot, sampai je kat stesen Ktm tu, train pun dah sampai. Dari Bank Negara dah start berdiri. Sampai ke Kl, OMG makin bertambah. Nasib ada seorang Indian yang baik hati bagi duduk, memandangkan dia nak turun kat Kl Sentral. Tak sangka pula kat Kl Sentral takda satu orang pun yang nak turun. Makin berhimpit-himpit tapi nasib awak kat depan saya. Kesian kat awak.
And moment yang paling dinanti, makan time !! Nasib sampai area sana awal. Sementara nak tunggu tu, singgah Giant dulu beli Subway untuk bersahur. Sumpah besar gila Flamming Steamboat kat Shah Alam. Lagi besar dari Sunway punya.
Antara makanan yang kitaorang ambil. Fresh-fresh belaka .
Bila muka excited nak makan Haha,
Chaiyokk kopek kulit udang banyak-banyak, tapi saya yang makan Gheee~
Really had a great time , walaupun penat, but worth it. Memang sangat kenyang , sampai banyak makanan yang takhabis.
Tiba saat untuk berpisahh. Taksuka ! Taksuka ! Bila sampai terminal, awak takbagi saya tunggu awak. Awak risau saya balik seorang-seorang. Kebetulan bas pun dah sampai. Entahlah, hati takboleh nak rasa perpisahan itu terlalu lama, ia sangat memedihkan. Nampak wajah awak memang taknak lepaskan saya. Terkejut dan takpercaya dengan tindakan awak, walau di khayalak ramai. Tetapi, awak tetap pergi juuaa. Terima kasih awak untuk teman saya seharian dari pagi sampai malam. And hajat awak untuk berbuka dengan saya telah pun tertunai. Terlalu singkat masa bersama sampai mimpikan awak 3 kali. Insyaallah ada rezeki, panjang umur, kita jumpa lagi ea :)
Quotes of the day ,
0 comments:
Post a Comment