semalam merupakan hari yang sungguh-sungguh memenatkan. itulah baru namanya berjalan di KL. dari KL sentral ke masjid jamek, then keluar bangunan lintas jalan naik STAR ke PWTC. sampai PWTC, lintas jalan finally baru sampai kat book fair. sumpah ramai, sesak dgn budak-budak sekolah yang lengkap beruniform. *teringat pula zaman sekolah. perut dan berkeroncong, ^eh betul ke ejaan ? okay move on. so setelah dibincang, mid valley menjadi pilihan. so we decided makan kat the spaghetti farm. the round teh whole mid. plan nya nak tgk movie. tapi mcm tak sempat. nak main bowling, dah lama sgt tak main pula. but moment manis tak boleh lupa. i won't forget this moment. i just can't stop holding his hand. and i can't go any further away from him. yes syg, i do miss you so much.
Friday, April 29, 2011
YEA, I DO.
Posted by melissa mokhtar at 12:00 AM 0 comments
Sunday, April 24, 2011
jalan hidup cerita manusia.
hebat punya harini. tiba-tiba rasa nak ' expand ' blog ni. yea seronok bila baca cerita manusia. menjadi satu lagi sumber kepada aku untuk berkarya. mungkin akan aku try untuk spend most of my time to read all my friends blog. act im trying to stop to write anything that are related to him. wishing im pass. and counting the day for the JPA's result. damn seriously wishing that i was selected in 1500 student. and my biggest wish that i had missed, meeting ' TUN DR.MAHATHIR ' . oh God, he is one of my most adorable leader. i almost cry when i have to cancelled my plan to BOOK FAIR during the saturday, the only day that MAHATHIR was there. im just wishing that i could spend a whole day with my idol. haha seriously never came true lahh. my mind keep moving around thinking what should i write next. maybe this is it.
Posted by melissa mokhtar at 9:51 PM 0 comments
Monday, April 18, 2011
hidup setelah mati sebentar.
nota kepala: khas buat DIA yang punya segalanya.
LEGA. kepuasan akhirnya tercapai. keberanian yang dikumpul selama ni berbaloi. tak sangka selama ni apa yang aku agak tepat. maaf aku katakan. blog tersebut jujurnya aku tulis mengenai kejadian yang sedang menimpa. tidak terkait langsung dengan masa lampau. kau tak perlu risau. aku adalah orang yang mudah memaafkan. tapi kelemahan aku, aku orang yang cukup menyimpan perasaan. aku takut masa lampau tersebutlah yang menyebabkan sayang aku pudar. sumpah aku takut.
tetapi malam itu, kau hidupkan aku setelah hati aku mati untuk beberapa ketika. kau ukir perasaan bahagia yang lama aku tak alami. kata-kata azimat kau bangkitkan aku dan sedarkan aku bahawa hanya kau yang aku perlu sekarang. rindu terhadap segalanya membuat aku terus mengejar kau. sekarang, adanya kau cukup buat aku hidup.
tersedar aku dari lamunan perasaan. lamanya. aku menang mencari jawapan yang kosong. benar, jauh mana aku hilang, aku akan kembali pada dia juga. mungkin aku hanya untuk dia. harap begitu juga dia. perasaan hati yang sukar dipisahkan . walaupun rintangan berpusu-pusu mendatang. jarak milimeter yang mencecah angka 9, tetapi masih utuh ikatan. dan kini, aku ingin mencipta sejarah-sejarah baru setiap saat antara kau dan aku.
harapan aku : semoga kau pun memiliki perasaan, impian dan harapan yang sama. aku selalu mendoakan agar hubungan yang terjalin diberkati dan dijauhkan dari segala kejahatan. aku yakin, " we're meant to be together. "
Posted by melissa mokhtar at 3:33 PM 0 comments
Thursday, April 7, 2011
TERSEDAR DARI REALITI REKAAN HATI
dah lama merasa tentang perkara ni. akhirnya memang diakui oleh hati terdalam. benar aku rindu saat itu. hanya beberapa masa sahaja, tapi impak dalam hidup memang terbesar. aku belajar menjadi aku. aku mendalami ilmu keagamaan, memantapkan keimanan dihati. terima kasih wahai insan yang ku gelarkan sahabat.hidup bersama kau mengajar aku menghadapi mainan lakonan duniawi. kau mengatakan dunia ni penuh lakonan, yang penting hanya keimanan dan kepatuhan kita terhadap Tuhan Maha Esa. sambil kita semua sibuk mengejar kekayaan ilmu dan harta, kau bimbing aku supaya tak lalai dengan segala godaan. sumpah aku tak lupa segala itu. pernah terlintas di hati aku mengharapkan kau akan menjadi teman hidup mati aku. tapi aku fikirkan adalah mustahil untuk menyatukan kita atas cinta. setiap masa aku merindui saat itu. kini aku jadikan waktu itu sebagai dorongan bimbingan aku untuk terus hidup di landasan yang betul. terima kasih ENGKAU.
Posted by melissa mokhtar at 11:48 AM 0 comments
Wednesday, March 23, 2011
tawakal, redha, alhamdulillah.
belum sempat ambil result, dah singgah toilet dulu. terkejot beruk junior f1 jumpa bekas senior dorang. *peduli apa, tak tahan pabila menjadi orang pertama yang sampai. semang teramat. seketika kemudian, datang seorang demi seorang . dewan kecoh dengan batch nova. almaklumlah dah 3 bulan tak jumpa bagaikan 3 tahun. semua berkumpul di luar dewan. cikgu mula menjalankan tugas memanggil nama pelajar dari dalma dewan. "maaf cikgu, kami sangat tak bersedia. tiba giliran, mama duduk disebelah. * ohh semua A. adoi tangan berketar-ketar membelek sijil dalam poket kertas. sekali lagi. ""maaf diri, aku hampakan impian cita-cita kau.
tergadai DSLR idaman , biasiswa percuma. mata air mengalir bukan kerana gembira, tetapi kesedihan yang mendalam. aku hampakan diri aku.
tiba di rumah, pc dibuka. jpa menjadi pilihan. hati terpaut dengan POLAND dengan NEW ZEALAND. tekad diri menjadi dorongan. ia pasti menjadi realiti. credit untuk diri ;
mama: 1k
papa: lebih skit dari mama
abang: 0.5k
yang lain terima saja.
nota kaki: tahniah sahabat perjuangan. kita berjaya buktikan NOVA terhebat. pertama di hilir perak, keempat di perak. *tradisi tak dipecah rekod sehingga lahirkan anak kedua "kata ketau batch terbijak.
Posted by melissa mokhtar at 11:52 PM 0 comments
Tuesday, March 22, 2011
between life and death
so result keluar esok. cuak teramat cuak. macam lelaki yang nak lafaz kata nikah. terhebat perasaan. dah lahh mempertaruhkan banyak benda. antara hidup dan mati. abang ipar DSLR, abang kandung mata wang, sensei pula impiannya melihat aku di IRELAND belajar medic, mama papa nak aku jadi doctor, lastly, diri sendiri. scholarship yang tak boleh dilepaskan.
nota kaki: "kau lupakan je dia. mesti ada hikmah perkara ni berlaku. mana taukan lelaki tu tak muncul lagi. kau tunggu je, tiba masa, lelaki tu muncul lahh .
Posted by melissa mokhtar at 9:44 PM 0 comments
Sunday, March 20, 2011
KAU HEBAT !
aku tabik hormat kat KAU lah LELAKI. takda siapa yang dapat kalahkan KAU. setiap kali aku cuba lawan permainan yang KAU cipta, aku kalah. KAU pemenang turutan. kenapa eh KAU senang datang dan senang pergi ? KAU sunyi KAU cari aku , KAU gembira, KAu naik kepala, tahu pulak KAU nak cari orang lain. KAU buang aku jauh-jauh, lepas Kau bagi aku harapan untuk hidup balik.KAU ingat senang ke nak lupakan apa yang telah kita sama lalui. kalau KAU kata, senang lahh, KAU LELAKI. sekali petik 20 datang. aku memang tak faham. apa yang KAU nak sekarang. tahu tak aku hampir recover selepas KAU buang aku jaoh-jaoh. tapi aku bodoh, melayani segala kerenah KAU. aku hanyut dengan kata-kata KAU. sekarang aku bagai ketagihkan dadah kegemaran aku, iaitu KAU ! bukan kadang-kadang aku terbayangkan KAU, tapi apa sahaja yang aku pandang, mesti aku nampak KAU. Kau tahu tak betapa kuatnya KAU dalam jasad aku ? ternyata KAU terhebat .
Posted by melissa mokhtar at 11:06 PM 0 comments