BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 18, 2011

hidup setelah mati sebentar.

nota kepala: khas buat DIA yang punya segalanya.


LEGA. kepuasan akhirnya tercapai. keberanian yang dikumpul selama ni berbaloi. tak sangka selama ni apa yang aku agak tepat. maaf aku katakan. blog tersebut jujurnya aku tulis mengenai kejadian yang sedang menimpa. tidak terkait langsung dengan masa lampau. kau tak perlu risau. aku adalah orang yang mudah memaafkan. tapi kelemahan aku, aku orang yang cukup menyimpan perasaan. aku takut masa lampau tersebutlah yang menyebabkan sayang aku pudar. sumpah aku takut. 




tetapi malam itu, kau hidupkan aku setelah hati aku mati untuk beberapa ketika. kau ukir perasaan bahagia yang  lama aku tak alami. kata-kata azimat kau bangkitkan aku dan sedarkan aku bahawa hanya kau yang aku perlu sekarang. rindu terhadap segalanya membuat aku terus mengejar kau. sekarang, adanya kau cukup buat aku hidup.






tersedar aku dari lamunan perasaan. lamanya. aku menang mencari jawapan yang kosong. benar, jauh mana aku hilang, aku akan kembali pada dia juga. mungkin aku hanya untuk dia. harap begitu juga dia. perasaan hati yang sukar dipisahkan . walaupun rintangan berpusu-pusu mendatang. jarak milimeter yang mencecah angka 9, tetapi masih utuh ikatan. dan kini, aku ingin mencipta sejarah-sejarah baru setiap saat antara kau dan aku.






harapan aku : semoga kau pun memiliki perasaan, impian dan harapan yang sama. aku selalu mendoakan agar hubungan yang terjalin diberkati dan dijauhkan dari segala kejahatan. aku yakin, " we're meant to be together. "

0 comments: