BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 19, 2012

PASUM 2011/2012

Assalamualaikum wbt, 

Maaf kerana terlewat, this entry should be post 2 month ago. haha agak lawak juga, asyik tangguh-tangguh. I don't know what brought me to wrote about this. Maybe I'm too miss PASUM. and maybe juga sebab baru kesempatan untuk melihat Facebook Pasum 2011/2012. Entry ini mungkin berkisar tentang pengalaman sepanjang 2 semester di Pasum, pendapat , dan juga akan diselitkan beberapa video untuk tatapan  (:

Seperti tempat pengajian yang lain, MHS atau Minggu Haluan Siswa tidak pernah lari. Well, kebanyakkan orang memang paling nak elakkan MHS, atau pun orientasi. tapi, bayangkan , tanpa MHS ni, macam mana freshie macam kita yang baru masuk tempat pengajian baru nak tahu tentang persekitaran, peraturan di tempat tersebut dan cara pembelajaran di sana. Betul tak ? So about the MHS, I've posted before in old entry. Just nak selitkan beberapa video mengenai MHS Pasum 2011/2012.





< video di atas adalah antara persembahan-persembahan yang diajar oleh Pembantu Pelajar @ PP kepada kami , and btw, video ketiga adalah persembahan yang paling dinantikan oleh semua pelajar Pasum 2011/2012 apabila PP mereka yang menghiburkan kami .>

Seterusnya, kehidupan diteruskan sebagai student Pasum. agak berat juga menggalas tanggungjawab sebagai seorang student Pasum. Because people always have high expectation on UM student. tidak kira lahh kita di bidang apa. so, kos yang di tawarkan di Pasum ada 4, Asasi Sains Hayat, Sains Fizikal, Alam Bina dan juga Pengajian Islam. Waktu batch kami, satu bilik hanya ada 2 orang, but I've just read about Pasum 2012/2013. OMG satu bilik ada yang 3 orang ? taktahu laa betul ke tak. but 1 bilik 2 orang sudah cukup menyelesakan. 

Alhamdulillah waktu kami, dibina tangga alternatif untuk ke Pusat Asasi Sains yang baru. Dewan Kuliah Utama hanya sempat diguna untuk beberapa ketika sahaja, afterthat, DKU di renovate. and bertuah juga kami, kerana merasmikan bangunan Pasum yang baru. well, pensyarah-pensyarah, pengajar, tutor-tutor, yang bekerja di makmal-makmal dan juga orang pejabat semuanya baik-baik belaka. ada lahh beberapa, tapi you can ignore them. overall sangat memuaskan. 

Teringat one of the student batch ni yang pernah post kat Facebook , he wrote that " awal-awal masuk Pasum semua ikut peraturan , skema-skema, datang ke lecture awal , berebut nak duduk depan. tapi makin hampir waktu nak graduate , I mean nak final exam, peraturan entah ke mana, lecture kalau datang kira bertuah lah tu, tak heran dah nak duduk seat depan-depan . " well, I admit it very well. tengok empunya diri cukup. tipu lah kalau tak pernah skip lecture langsung. lagi-lagi saat nak exam. Tutorial takda, Experiment pun takada. yang ada lecture saja. kedatangan takpayah risau. hanya memerlukan Signature saja. The worst bila hari Jumaat lahh. boleh kira beberapa kali attend lecture Prof Saha . Tutorial pun takde apa perlu risau sangat, cuma Chemistry saja yang kena ambil berat sikit. sebab kena submit untuk dapat marks. 

And one thing, memandangkan tinggal di Pasum, almaklumlah , tengah-tengah bandar, so tidak hairanlahh berputik segala cinta di antara pelajar Pasum sendiri, mahupun dengan yang luar. Erti kata lain, memang kena pandai jaga diri, especially kepada yang jarang-jarang tinggal di bandar. Surely you'll be culture shock . Mana taknyaa, Mid Valley and KL arah utara, Petaling Jaya and Subang Jaya area selatan, arah barat pula area Damansara. Tak pernah jemu langsung . kebetulan pula, kat Kolej 12 , pagar takda, guard pun takda. So you're free nak ke mana, balik pukul berapa, takbalik langsung pun tak apa. Nikmatkan ? and one more thing, memandangkan majority our classes starts 8 am and end at 5 pm, so hanya waktu malam sahajalah waktu yang menjadi pilihan bagi kami-kami yang nak keluar. 

Pasum juga banyak menganjurkan aktiviti, begitu juga anjuran Kolej. memandangkan empunya diri tidaklah terlalu aktif, kurang gemar akitiviti yang melibatkan ramai orang , pemalu lahh katakan. antaranya, Jogathon , Kemas, Malam Emas dan banyak lagi. Disini diselitkan beberapa video tentang aktiviti sepanjang di Pasum. 





Last, belajar di Pasum tidaklah susah mana. asalkan kita ikut kehendak pendidikan, ikut peraturan , itu saja. study hard tapi perangai hancur, tak boleh juga. Keberkatan Tuhan tu penting. Jangan tinggal suruhannya. Tak mustahil gadis-gadis yang bertudung boleh membuka auratnya .Percayalah. It do happen here. Yang penting, pandai bawa diri. Jangan asyik nak berseronok sampai pelajaran diabaikan. Last but not least, video yang menyentuh perasaan pelajar Pasum 2011/2012, 


** Entry ini hanya lah nukilan Si Penulis, bertujuan untuk dijadikan pedoman mungkin, dan juga menjadi kenangan yang tak dilupa bagi Si Penulis. Minta dihalalkan kepada pemilik-pemilik video di atas yang hanya di petik dari sumber Youtube (:

0 comments: