semalam merupakan hari yang sungguh-sungguh memenatkan. itulah baru namanya berjalan di KL. dari KL sentral ke masjid jamek, then keluar bangunan lintas jalan naik STAR ke PWTC. sampai PWTC, lintas jalan finally baru sampai kat book fair. sumpah ramai, sesak dgn budak-budak sekolah yang lengkap beruniform. *teringat pula zaman sekolah. perut dan berkeroncong, ^eh betul ke ejaan ? okay move on. so setelah dibincang, mid valley menjadi pilihan. so we decided makan kat the spaghetti farm. the round teh whole mid. plan nya nak tgk movie. tapi mcm tak sempat. nak main bowling, dah lama sgt tak main pula. but moment manis tak boleh lupa. i won't forget this moment. i just can't stop holding his hand. and i can't go any further away from him. yes syg, i do miss you so much.
Friday, April 29, 2011
YEA, I DO.
Posted by melissa mokhtar at 12:00 AM 0 comments
Sunday, April 24, 2011
jalan hidup cerita manusia.
hebat punya harini. tiba-tiba rasa nak ' expand ' blog ni. yea seronok bila baca cerita manusia. menjadi satu lagi sumber kepada aku untuk berkarya. mungkin akan aku try untuk spend most of my time to read all my friends blog. act im trying to stop to write anything that are related to him. wishing im pass. and counting the day for the JPA's result. damn seriously wishing that i was selected in 1500 student. and my biggest wish that i had missed, meeting ' TUN DR.MAHATHIR ' . oh God, he is one of my most adorable leader. i almost cry when i have to cancelled my plan to BOOK FAIR during the saturday, the only day that MAHATHIR was there. im just wishing that i could spend a whole day with my idol. haha seriously never came true lahh. my mind keep moving around thinking what should i write next. maybe this is it.
Posted by melissa mokhtar at 9:51 PM 0 comments
Monday, April 18, 2011
hidup setelah mati sebentar.
nota kepala: khas buat DIA yang punya segalanya.
LEGA. kepuasan akhirnya tercapai. keberanian yang dikumpul selama ni berbaloi. tak sangka selama ni apa yang aku agak tepat. maaf aku katakan. blog tersebut jujurnya aku tulis mengenai kejadian yang sedang menimpa. tidak terkait langsung dengan masa lampau. kau tak perlu risau. aku adalah orang yang mudah memaafkan. tapi kelemahan aku, aku orang yang cukup menyimpan perasaan. aku takut masa lampau tersebutlah yang menyebabkan sayang aku pudar. sumpah aku takut.
tetapi malam itu, kau hidupkan aku setelah hati aku mati untuk beberapa ketika. kau ukir perasaan bahagia yang lama aku tak alami. kata-kata azimat kau bangkitkan aku dan sedarkan aku bahawa hanya kau yang aku perlu sekarang. rindu terhadap segalanya membuat aku terus mengejar kau. sekarang, adanya kau cukup buat aku hidup.
tersedar aku dari lamunan perasaan. lamanya. aku menang mencari jawapan yang kosong. benar, jauh mana aku hilang, aku akan kembali pada dia juga. mungkin aku hanya untuk dia. harap begitu juga dia. perasaan hati yang sukar dipisahkan . walaupun rintangan berpusu-pusu mendatang. jarak milimeter yang mencecah angka 9, tetapi masih utuh ikatan. dan kini, aku ingin mencipta sejarah-sejarah baru setiap saat antara kau dan aku.
harapan aku : semoga kau pun memiliki perasaan, impian dan harapan yang sama. aku selalu mendoakan agar hubungan yang terjalin diberkati dan dijauhkan dari segala kejahatan. aku yakin, " we're meant to be together. "
Posted by melissa mokhtar at 3:33 PM 0 comments
Thursday, April 7, 2011
TERSEDAR DARI REALITI REKAAN HATI
dah lama merasa tentang perkara ni. akhirnya memang diakui oleh hati terdalam. benar aku rindu saat itu. hanya beberapa masa sahaja, tapi impak dalam hidup memang terbesar. aku belajar menjadi aku. aku mendalami ilmu keagamaan, memantapkan keimanan dihati. terima kasih wahai insan yang ku gelarkan sahabat.hidup bersama kau mengajar aku menghadapi mainan lakonan duniawi. kau mengatakan dunia ni penuh lakonan, yang penting hanya keimanan dan kepatuhan kita terhadap Tuhan Maha Esa. sambil kita semua sibuk mengejar kekayaan ilmu dan harta, kau bimbing aku supaya tak lalai dengan segala godaan. sumpah aku tak lupa segala itu. pernah terlintas di hati aku mengharapkan kau akan menjadi teman hidup mati aku. tapi aku fikirkan adalah mustahil untuk menyatukan kita atas cinta. setiap masa aku merindui saat itu. kini aku jadikan waktu itu sebagai dorongan bimbingan aku untuk terus hidup di landasan yang betul. terima kasih ENGKAU.
Posted by melissa mokhtar at 11:48 AM 0 comments