BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 24, 2011

DZAHIER HAZIQ M. MUIN

inilah lumrah hidup. yang datang mesti pergi. perkara yang tak dijangka. berita tanah runtuh malas nak ambik tau. simpati tetap ada cuma itulah DUGAAN. terima kasih pada HAZIQ ISHAK, tanpa anda, katak bawah tempurung lah saya. ingatkan hanya khabar angin, tapi semakin banyak bukti mengatakan DZAHIER salah seorang dari yang terkorban. " macam mana lah DZAHIER boleh ada kat sana ? " itulah persoalan semua orang . tapi apa nak buat . ajal maut di tangan TUHAN.
walaupun ENGKAU tak serapat mana, tapi ENGKAU pernah hadir hidup dalam diri aku. memegang peranan berat sebagai ketua kelas 5 AL-BATTANI, ENGKAU tetap disanjung. memori yang takkkan pernah aku lupa tentang ENGKAU ketika aku ke hadapan kelas untuk ujian lisan. jasa pertolongan ENGKAU ' miming ' memberi clue tentang tajuk H1N1. sumpah aku tak lupa. ENGKAU begitu terselah saat perlawanan Bola Jaring antara rumah , Bola Sepak, Bola Tampar segalanya lah. teringat kenangan bila ZIKRI ajak aku study sama-sama kat PAVI dengan BABY. taklama , ENGKAU datang bersama HANA. then mula lah perbincangan nak sambut hari lahir CKG RUFIZA. melihat telatah ENGKAU tidur dalam kelas, menjadi imam, mengetuai bacaan tahlil masa puasa, benar-benar buat aku rasa sebak.
niat ENGKAU suci ke rumah anak yatim tu. tapi dah ditakdirkan ENGKAU menemui ajal disana. redha dan pasrah sahaja. tidak keruan dibuat sepanjang hari tu. impak masih terasa sehingga kini. semoga ENGKAU ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmatNYA. 


nota : AL-FATIHAH buat allahyarham DZAHIER HAZIQ M. MUIN yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di HULU LANGAT, SELANGOR pada 21 MEI 2011.

0 comments: