BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 27, 2012

ONLINE SHOPPING :)

Assalamualaikum wbt,

Allan dengan kereta dibeli oleh Pak Ngah@ Koko  :)


Selamat Hari Raya Aidiladha !! Especially kepada awak :) Sedih juga takdapat balik kampung, kat sana semua tengah sibuk buat celebration untuk birthday opahh, fuuyooo kek 2 tingkat kot. Sipa berbarbeque lagi kot. Untunglaa kepada sesiapa yang balik kan. Apalahh nasib, banyak kekangan, Kebetulan pulaa Allan Haziq kena chicken pox, ohh so sadd. And it seems like berjangkit-jangkit ke semua orang hehe.

Actually nak post the day dapat the delivery, but hehe takda mood pula nak update. So Ahad yang lepas, I'm collecting all others order for cotton on shopping online, it must exceed RM250 to get FREE SHIPPING !! haha macam orang gilaa pergi promote kat orang. Alhamdulillah cukup juga. Hanya extra RM1 sahaja instead of RM250. Before this pernah order juga, but dia takletak syarat kena lebih RM250 baru dapat free ship.

Well actually memang sangat terkejut sebab it just take about 4 days untuk deliver kat rumah . Sekejap kan ? Bila 1st dapat tu, memang sangatlahh terexcited. Well memandangkan empunya diri yang order paling banyak. Dah each baju cost RM5, siapa tak sukaa. hehe

So inilahh rupa barang-barang yang diterima. Banyak kan ? It was so great sebab each of the order elok di-wrap in each plastic. Kalau beli kat kedai takdapat pun macam tu kan ?


Macam inilah contoh rupa one of the shirt. Siap tolong label lagi. And one more thing, I bought scarf, cost me RM5, cheap ahh? well the scarf siap provided dengan hang dia lagi. haha Very worth it lahh.




Sunday, October 21, 2012

KISAH MANUSIA II

Assalamualaikum wbt, 



Hari ini, cerita mengisahkan tentang orang yang BERKIRA !!!
Cukup beberapa moment menahan perangai orang yang sangat berkira.
Akhirnya meletup juga semalam.
Terima kasih awak sebab sudi meringankan beban saya.
Perangai berkira ni memang perlu ada untuk terus hidup,
kalau bermurah sangat pun nanti orang ambil kesempatan.
It really relevant for nowadays lahh.
Especially yang melibatkan money.
Berkira pun ada lahh tahapnya.
Jangan sampai semua benda nak berkira.
Tak susah pun nak tolong.
Dah alang-alang buat kerja yang sama, 
takperlu lahh terlalu mementingkan diri.
Apa salahnya settlekan untuk semua orang. 
Bukannya dapat dosa pun kalau tolong.
Serious tak faham dengan perangai orang macam ni.
Apa yang susahnya pun taktahu.
Bayangkan kalau semua orang macam ni,
lumpuh lahh society kita. 
KAN ?


Saturday, October 13, 2012

THE REALITY IS, IT HAPPENS.

Assalamualaikum wbt, 



It's raining. Heavily raining. 
Hmm entahlahh. Taktahu macam mana nak describe. 
It just happen too fast. Tanpa sebarang persediaan. 
Itulah kuasa Tuhan. 
Bila Dia rasa Dia nak uji hamba Dia, Dia akan uji. 
Tak kira masa dan tempat.
 Hanya untuk, menguji tahap keimanan hambanya. 
Tak banyak sebenarnya nak tulis.
Taktahu macam mana nak gambarkan rasa ini.
Worst than normal pain.
That's all I can say.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Betapa sakitnya rasa ini.
Semoga hati ini terus tabah. 
Jangan cepat berputus asa. 
Never.
Cuma nak cakap satu.
Hati ini tidak memaksa.
We can't force people to like us.
Kalau orang dah taknak, takkan nak dipaksa pulaa.
Kann ?


Thursday, October 11, 2012

YET, THERE'S NOTHING MUCH TO SAY .

Assalamualaikum wbt,



Robot ? Haha it does make sense.
What are the features of a Robot ?
Kaku, Lurus, Lalang, and  HEARTLESS !!
Yepp, Robot memang Heartless. 
Untung manusia kalau Robot ada hati dan perasaan.
Robot memang dicipta untuk menurut apa kata manusia.
Cuba bayangkan kalau Robot yang ada akal fikiran, dan hati perasaan,
itu dah jadi sebahagian dari manusia , kan ?
Robot takfaham bahasa manusia, dia memang buat-buat taknak faham.
Tapi manusia, sempurna akal dan fikiran, lengkap hati dan perasaan,
tahu nak bezakan mana yang baik dan tak.
Kadang-kadang, manusia terpaksa telan apa yang diterima.
Tak kesah lahh apa jenis perkara pun, 
Pujian, Kritikan, Makian, Kemarahan, Sayang,
Nak taknak, Terpaksa telan dan hadam elok-elok. 
Itu perbezaan obviously sangat KETARA.



**There's nothing much to say nor nothing much excitement. 

Tuesday, October 9, 2012

REALITI KEHIDUPAN :)

Assalamualaikum wbt, 


Entah mana silapnya Kita, perkara ini akhirnya berlaku.
Tanpa sebarang rancangan dan petunjuk,
ia terus menerkam dan membebani Kita.
Kita, tanpa sebarang persediaan, terkapai-kapai, mencari hala tuju.
Itulah realiti kehidupan manusia, 
Tiada PERSEDIAAN.

Entah mana silapnya Kita, membiarkan perkara ini berlaku.
Benteng yang dibina secara automatiknya, 
ditambah dengan egois yang melampau,
dan kefahaman yang tersendiri, 
Akhirnya, buntu ke jalan penyelesaian.

Dan Entah mana silapnya Kita, terus membiarkan perkara ini berlaku.
Betapa satu kejadian mahupun satu kesalahan boleh dihukum,
dengan sebegitu kejam.
Tanpa sebarang penjelasan munasabah dan kukuh,
hukuman dijatuhkan serta merta. 
Itulah realiti kehidupan manusia. 

Dan Kita, tidak mampu untuk melakukanya.
Memperbetulkan kembali apa yang telah terjadi.
Membina fasa kehidupan yang baru.
Tetapi, kita  masih terdiam, membisu dan buntu,
untuk MENGUBAHNYA. 


 KITA hanya akan " mula " menghargai apabila sesuatu itu " mula " menghilang.

Saturday, October 6, 2012

Priority When You Are An Option.

Assalamualaikum wbt, 


Alhamdulillah syukur Ya Allah. Sebulan yang penuh dengan rintangan dan dugaan. Berlalu juga. But more months and years there !! Buddy pun dah ada. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 
Okay berkenaan dengan tajuk. Diilham dari incident yang berlaku minggu ni, 2 incident yang berlainan, tetapi membawa kepada maksud tersirat yang sama. PRIORITY.

Incident ini takperlulah diterangkan dengan lebih lanjut. Mungkin akan membuat pihak-pihak tertentu tersinggung. Incident yang pertama, bila pihak yang terlalu bijaksana mengambil peluang dengan " menindas " pihak yang kurang bijaksana. Mungkin banyak mata-mata yang tidak perasan , tetapi bila perlakuan itu diinterpret dalam-dalam, itulah hasilnya. Memang tidak ketara, tetapi bagi yang sederhana bijaksananya, cukuplah setakat apa yang terpampang depan mata. Betapa hebatnya mereka mengambil alih kuasa autonomi golongan kurang bijaksana. Dan golongan kurang bijaksana, membiarkan diri mereka ditindas, tanpa apa sebarang tindakan, kata sepakat untuk menentang biarpun secara senyap. Dan mereka akan terus ditindas.

Incident yang kedua, cukup rapat dengan kehidupan. Sekali dua ia terjadi, boleh tutup sebelah mata dan pekakkan telinga. But it keep repeat and repeating,  obviously. Memang sangat sukar untuk decide which pilihan yang paling tepat, I mean priority of the situation. Ibarat tersepit kat tengah-tengah. Kalau pilih A, mungkin B lagi penting mahupun akan menyinggung perasaan B. And same goes to A. Mungkin secara kebetulan incident itu berlaku bila terlalu melayan perasaan. Tapi itu mungkin kemungkinan. Tak mustahil untuk berlaku secara takdir. Dan itu terbukti sekali lagi apabila priority lebih memihak kepada kemahuan diri sendiri, dan bukan keperluan diri. Dan mungkin Priority  kepada keperluan diri akan tiba apabila kita tergolong dalam salah satu Pilihan.


* Song of the day : D'masiv - Cinta Sampai Disini