SIAL ! sesuai bagi orang macam dia. gangguan tidur teramat disebabkan insiden yang telah disedari. hutang yang tidak terbayar kepada mereka . percaturan perasaan yang dicipta sekian lama terbongkar. dasar manusia. mangsa mudah dicari. segala diatur dengan penuh strategi. pelan dibuat penuh teliti. PERMAINAN pun bermula . realiti hidup yang tak boleh diterima. penuh pendustaan , itu SEJATI ? cermin diri dulu LAH ! penyesalan tak sudah-sudah. perjanjian yang menjadi pengikat keduanya pecah lubang penutupnya. kecurangan sebelah pihak ketara dilihat terutama berhadapan nafsu tahap dewa. wahai KAU ! ayuh bertanding dalam perlawanan perasaan . pasti aku juara . yakin dan muktamad. kelemahan kau menjadi keistimewaan. bersiap sedia untuk melihat diri KAU dibuang jauh-jauh sejauh yang termampu. kau tak hidup kau mati dalam hati .tidak satu sel pun akan tercatat nama KAU lagi. permintaan ramai yang harus ditunai.permintaan KAU dah ditunaikan, giliran aku ? percayalah , suatu hari KAU akan ternganga melihat kemenangan yang dimiliki aku. ITU PASTI BERLAKU !
**bodoh membenarkan hati hanyut dan dipergunakan terbaik habis.hanya membiarkan masa berlalu. doaku hanya inginkan KAU rasa macam mana AKU rasa. berharap KAU akan melutut bersujud menangis air mata biru KAU pada AKU dimata satu dunia .selamat menghadapinya !
Wednesday, January 12, 2011
BEAUTIFUL LIAR
Posted by melissa mokhtar at 11:46 AM 3 comments
Friday, January 7, 2011
AN ADULT, A WEEK (;
banyak pengalaman dilalui, terlalu . setaip hari ada sahaja insiden yang memberikan pengajaran yang akan diingati sampai mati. tak sangka institusi begitu ada juga orang yang sebegini. apalah salah orang tu. orang tu tak pernah pun berkata-kata mengenai mereka, tetapi mereka sibuk sangat. PITY HER. Manusia. bosan betul hidup dengan mereka. macam-macam ragam. sifat hasad dengki membuak-buak. apa yang dibuat semua serba takkena. cara pemakaian pun menjadi isu besar. apa punya manusia lahh macam tu. elok dah aurat ditutup , segala yang wajib dah dilindungi, itu pun masih nak petikai lagi. pelik dengan sikap manusia. angkuh sangat. tugas harian hanya berhenti paling lewat pukul 10 malam. pertama kali kerja sepenuh masa cukup mencabut nyawa. penat hanya tuhan yang tahu. sehingga adik bersiap ke sekolah pun tak disedari. mimpi-mimpi yang dilalui banyak berkaitan dengan dia. betapa sangat memeningkan. bak kata iqa, "cha terlalu fikirkan sangat" mana tak terfikir, teman yang berjanji sehidup semati, entah-entah dia sedang bersuka ria di dunia dia. dia impak terhebat dalam hidup, segalanya berkaitan dia. paling menyakitkan bila tiba waktu tidur. alangkah bagus kalau masa boleh diputar kembali. agar detik mengenali dapat dihapuskan . dia bagaikan EDWARD CULLEN kepada kekasih manusia dia. tidak pernah berhenti menyayangi buah hati tersayang.
*merindui zaman persekolahan, remaja habis !
Posted by melissa mokhtar at 9:56 PM 1 comments
Sunday, January 2, 2011
2011
....
Posted by melissa mokhtar at 12:40 AM 1 comments
Monday, December 27, 2010
NEW LIFE IS FUN !
cabaran terhebat hidup! menjadi bujang setelah bercerai talak tiga haha dia meor. kalau talak tiga tak adalahlah tempoh idah dan tak boleh jugak rujuk2. apa punya. tapi banyak pula cerita yang didengari entah betul atau tak , kebenaran pasti memihak. biarlah masing-masing dengan hidup masing-masing. HAHA angan-angan nak kahwin dengan anak RAJA konon. sabtu lepas kazen IMA dan YONG tidur rumah. entah malam tergerak nak minta putus. berjaya dibuat tanpa mengalir setitis mata, dan sumpah rasa saat tu paling HEARTLESS, dia tak payah cakap sememangnya. 2 tahun 6 bulan 3 hari banyak suka duka menguji kesabaran ketabahan hati haha well, nak buat macam mana , jalan ni terbaik kott, kalau dia samgup tunggu lagi 7 tahun kott. advice ZIK ZAHAR, IQA RAHMAT, banyak membantu.terima kasih SAHABAT.
esok pagi bangun ingatkan mimpi, rupanya memang betul terjadi, so bermulalah hidup bujang haha. the whole sunday sibuk macam lebah. malam dinner celebrating kakak punya wedding, siap last minute hasil nya haha macam annual dinner juga. teringat detik-detik annual dinner .
so hari ni, my 1st day to start the work. sumpah cuak gilaa macam orang tunggul yang hanya menunggu arahan . tapi lama-lama, banyak perkara yang dipelajari. GREETINGS yang wajib dijawab, staff-staff yang cukup baik prihatin. permulaan yang rasa macam nak berhenti kerja nak nagis nak balik rumah. tapi kuatkan hati " ni baru 1st day " so kita tunggu few more days, kuatkan semangat untuk bekerja. kerja bukan berdasarkan duitan , tapi berdasarkan ilmu yang diperoleh .
Posted by melissa mokhtar at 9:52 PM 2 comments
Saturday, December 18, 2010
the beginning of the end ,
15-21 NOV 2010
well, kehidupan sekolah tanpa mereka. sesuatu yang agak menarik. merasai hidup bersama batch. moment yang takkan dilupakan. bermula hidup di floor bawah sehingga tamat spm. memilih dorm untuk tinggal bersama SCHA,FARAH,IQA,BUNTAT,HAFIZSAH.. combination kami mmg akn gegarkan SABDA haha. perubahan baru pabila FARAH mula belajar bersama SYEIKH.FAIZ. well , bagus juga mereka study sama, they look so SWEET ! the whole week hanya membazirkan masa dduk di dorm. pelbagai gaya belajar diterokai . yang pasti akan diakhiri dengan TIDUR ! seolah sekolah tanpa peraturan. telefon bimbit bebas sana sini, pergaulan OMG, pengumpulan dosa yang tak tertanggung. perasaan untuk SPM, masih ZERO !
22-28 NOV 2010
minggu yang dinanti-nanti oleh anak kelahiran '93.minggu yang hanya dilalui sama seperti minggu sebelumnya. pertikaian antara kami mengenai bilakan kami bakal merasa bahawa kami mmg sedang menduduki SPM, tapi mustahil, sehingga kini masih belum merasakan lagi. pelbagai kepincangan yang berlaku, antara kami , dormate lain, among batch dan sebagainya.
detik demi detik berlalu, haha tak sangka dah 3 paper berakhir, perlu menempuh lagi 6 paper. mggu yang merupakan mggu paling TOUGH , subject nya ,perghhh TERBAIK habis ! masih mengira detik-detik terakhir pertemuan. kurang dari 500 jam untuk bersama semua, hampir 2 tahun hidup bersama .keajaiban berlaku untuk fizik, usaha tangga kejayaan ! pembelajaran yang hanya berdasarkan peperiksaan , perdebatan hebat antara kami ;) dan yang paling menakjubkan , DEWAN MAKAN SABDA sponsor the bbq of NOVA-X batch. sumpahh sgt tak percaya. everyone seems like 'biar betul dm kita ni ' hahah, dan mlm bbq, sgt terasa akn merindui moment ni. lelaki berkejaran di tgh padang, perangai seperti bdak 10 tahun. terbaik !
6-12 DIS 2010
semakin hampir masa yang dinantikan.perjuangan terakhir untuk kehidupan disekolah. impian kami semua, melakar memori di tangki air yang menjadi mercu tanda bagi tibanya kami di SABDA. tetapi tupai jatuh ke tanha. kami tertangkap dan berjaya memboloskan diri.haha kepuasan dinikmati sepenuhnya.last paper, janji yang sekian lama tertanggung, tertunai juga. the word i would not forget, zik:" LOSER! " haha nak buat mcm mana, hati dah tewas, tapi dah bangkit kembali setelah mengalami beberapa peristiwa. berpelukan untuk kali terakhir, kata-kata dihabiskan tanpa sebarang penangguhan, dan akhir kata : ' SELAMAT TINGGAL SAHABAT '. perjalanan hidup disambung terus pulang ke kg halaman. kawasan yang paling bosan tanpa sebarang teknologi dirumah. hidup pula terpaksa bertukar prinsip, hanya dibenarkan bercinta setelah mendapat kerja tetap setelah tamat pengajian di U. sgt mengejutkan , tapi apa boleh buat , bagus mengelakkan diri dari terus bergelumang dgn dosa-dosa maksiat.
13-14 DIS 2010
bermulanya era kehidupan dunia realiti sebenar. berpegang kepada azam yang teguhh, mencari rezeki yang halal dengan hasil titik peluh sendiri. nasib yang dijangkakan bakal menimpa mmg benar terjadi, orang yang ingin berubah menjadi sempurna di mataNYA sentiasa diuji, kerja yang kosong hanya menginginkan wanita yang mendedahkan aurat makhotanya. hati terlintas ''takkanlah sebab kerja nak jadi jahil '' diharap hati tetap berada di landasan yang benar.
15-17 DIS 2010
hari yang sgt membosankan, membesarkan badan di rumah, menambahkan kenalan di facebook , rutin harian yang wajib dibuat. dan hasilnya, badan masih maintain .haha
18 DIS 2010
pagi bangun agak mengejutkan parent, haha mana tanya bangun pukul 8 pagi dan terus prepare the breakfast. planning for hari ni untuk pergi ke education fair bersama ATIEF FATHI. tren dinaiki keseorangan tanpa ditemani NURUL. nasib baik tunggu sekejap je. dalam tren . melihat gelagat manusia mengingatkan diri tentang buah hati haha. cuba untuk menghubungi tetapi gagal. cukup menghampakan hati. setiba di MID, manusia banjir amat sangat. minda pengetahuan terbuka setelah mendengar penjelasan mereka. perut lapar reaction dalam badan berbunyi. decided untuk makan di NANDO'S . makan pun kne beratur, apalaaa, perjalanan pulang diselubungi rasa rindu huhh, melihat aksi maksiat di depan mata , hati berkata, nasib baik non-muslim. mencuba lagi untuk menghubungi tapi masih gagal, apa nak buat , rezeki tak ada.
*diri memikirkan nasib hidup di sebuah keluarga yang undiscrible, duduk semeja sewaktu makan tanpa bersuara menjadi rutin harian, masalah yang diluah tak pernah menjadi topik perbualan, maaf tak menarik, perbalahan sesama sendiri yang disebabkan hal kecil, kehilangan kewujudan seorang ahli yang cukup tak diendahkan. paling menyakitkan, pilihan kasih yang sangat ketara . ~anda dah cukup pandai dan pandai hidup berdikari jadi kewujudan saya dalam keluarga sangat tak dirasai. hati tabah menghadapi hidup dan berharap ditabahkan lagi hati menerima dugaan yang maha ESA.
Posted by melissa mokhtar at 10:01 PM 1 comments
Saturday, November 6, 2010
THE DAWN OF EGYPT , 31.10. 2010
BABAK 1
hari dimana semua orang sibuk , especially NOVA X. sepanjang perjalanan, sibuk mengilatkan kuku. sangat bernasib malang kerana setiba di manjung, badan tiba-tiba rasa tidak sedap. cuba sedaya upaya untuk tidur tapi gagal. sampai di ORIENT STAR, bersiap sedia untuk turun bas, badan dah tak terdaya ditampung. "mel, kenapa mel nampak pucat ? " "ain, cha tak larat rasa nak pitam ." ain menggenggam tangan , tersepit diantara dua bas yang menghamburkan asap hitam ! kumpulan lelaki dihadapan menyaksiikan peristiwa. tangan dilepas berlari menuju semak didepan. kuew tiaw pagi dimuntah kan . ain mengekori dari belakang. terasa lega setelah melepaskan angin dibadan.
BABAK 2
"nanti bila jalan kat pekan lumut, cha nak beli makanan tau, ingta kan cha ". hampir satu pekan dijalani kami. penat , berpeluh. jam menunjukkan 5.15, tapi masih di pekan. haha jalan kaki balik ke hotel. bilik 551 menjadi kenangan kami. setiba di hotel, pujangga-pujangga SABDA bagaikan berpesta air, kolam renang dijajah mereka. naik ke bilik untuk bersiap-siap. bilik ya tuhan bersepah haha. 6.45 mula mencantikkan iqa, diikuti hafizsah. dan terakhir diri sendiri. persiapan 15 minit hasilnya entahlah. lagi 15 minit pukul 8, tidak !! matilah macam ni. dengan bag baju yang berkali ganda, digendong ke bawah. ingatkan lambat lahh sangat, ramai tetamu kehormat sedang bersiap lagi haha.
BABAK 3
gather di tepi kolam renang, terasa berada di tanah arab. jejaka dan primadona sekalian sangat outstanding. nasib kurang baik, patner sibuk menguruskan kerja didalam. dan terpaksa bertumpang pasangan bersama aliya. perisitiwa berulang. menarik perhatian pelajar kerana menjatuhkan alatan makanan dimeja. sumpah malu amat. persembahan NOVA terbaik, tak sangka langsung. makan, makan, makan. nyanyi lagu NOVA ANTHEM. snap photo dan habis. di lobby, pelahar sibuk menambah koleksi gambar dimiliki. tepat 11 malam, bas sampai, dengan kasut tumit tinggi yang dipakai, pulang ke SABDA. kaki menjerit kesakitan. hanya satu yang kami pegang, "esok perfect score PHYSICS !"
Posted by melissa mokhtar at 11:17 PM 0 comments
jamuan raya 2010,
"perhatian kepada hana, melissa dan iqa, sila turun ke bawah kerana rakan anda sedang menunggu", OMG, dorang ni memang dag gila, so rushing bersiap dan turun ke bawah, tiga jejaka menanti dengan penuh sabar. booth kami antara booth yang kosong tanpa decoration. yang laen ada yang hampir separuh. alah takpa laman lagi, so bantulah mana yang patut. camera dibawa lari oleh 'pelajar-pelajar baik' kelas. tak sangka pula kena siap before 6 . so kami tinggalkan booth dengan lapik meja dan pintu masuk yang menarik.
weyh ! dah 7.30 , mandi pun tak lagi. cepat-cepat ada setengah jam lagi. so, bersiap lah dengan kelam kabutnya. siapa pandai makeup kan orang ? seseorang bertanya. habis makeup dia, continue preparing myself. OK DONE ! tudung hanya dipin rama-rama, secalit lipbalm and i'm ready to go. so turun BP4, untuk meninjau persiapan yang laen. sempat lahh snap beberapa photo, teringat kenangan dulu di BP1, masing-masing sibuk untuk mempercantikkan diri. haha telah menjadi tetamu kehormat kerana lewat setengah jam. tiba di dewan setelah selesai membaca doa. duduk di kerusi tanpa apa-apa perasaan. setelah mendengar ucapan , sedia untuk MAKAN ! punya kelam kabut sebab kuih hanya disusun dalam balang kuih tapi bukan pinggan. dan kelas 5 AL-BATTANI adalah kelas pertama yang diserang, nasib baek budak kelas masih ada disitu tengah mempromoting makanan yang dihidang. booth BATTANI sihat cergas, hanya providekan kuih raya dah FRUITS! meronda-ronda booth kelas lain dan sempat menangkap beberapa koleksi gambar. yang paling dinantikan , persembahan NOVA X . duduk bersama kencang , izzatul dan dzahier haha hanya memgundang banyak dosa, hehe the night end with exhauxted !
Posted by melissa mokhtar at 11:13 PM 0 comments








