Monday, December 19, 2011
TOPIK PERBUALAN HANGAT
Posted by melissa mokhtar at 9:46 PM 0 comments
Friday, December 16, 2011
saya rindu awak .
Posted by melissa mokhtar at 4:01 AM 0 comments
Sunday, December 11, 2011
fish and chip , melbourne .
Posted by melissa mokhtar at 5:08 PM 0 comments
Thursday, December 8, 2011
MISTAKES ~
Posted by melissa mokhtar at 2:57 PM 0 comments
Saturday, December 3, 2011
bila keadaan jadi huru hara
so seminggu macam katak bawah tempurung. segala berita ke gossip ke dapat tau dari mulut orang je. tu lah akibat dengan sengaja taknak bawa lappy pergi kolej. baru tau betapa bosannya hidup without it. boleh pulaa hati meronta-ronta nak on9 FB , blogging. well biasa laa tu bila hati nakkan sesuatu, mesti tak sabar-sabar. tapi bila ada depan mata , condition kau macam mana pun tak dikesahnya. macam manusia. serius teringat dulu time zaman couple-couple dulu. time nak tackle punya laa alamak aii gentlemen kott, tapi bila dah dapat, kau kau segala meluat nak tengok. haha manusia manusia.
Posted by melissa mokhtar at 12:13 AM 0 comments
Sunday, November 27, 2011
permulaan buku baru yang sangat mengelirukan
bila mula semester baru, ingat everything will be normal back. or even more interesting. well, this is seriously interesting. boleh bayangkan , rakan yang hanya bertegur setakat senyum dan nyakat biasa-biasa boleh pulaa text and call. it is really weird to have that kind of situation. bla story kat rakan-rakan lain, and they said, 'alaa dia tu dengan semua orang dia mcm tu ". memang tak dinafikan. okay that 1 situation. another situation is when another friend of mine dengan sangtat rajin nya boleh text. haha really akward when 'he' among the coldest guy sending me message. tapi hati mcm syak something he might be dare with his friend or his freind guna no dia. somethig like that. and unexpected bila dia kembali contact setelah hampir 2 bulan dia hilang diri mcm tu. even a sorry tak angkat or a msg to say im sory for what had been through pun takda. ikut hati mmg nak reply the whole msg. tapi memikirkan yea mungkin sejarah akan berulang. cukup laa sampai sana kot. apa2 pun, anda adalah pasangan yang hebat. so after a few several texting, I STOP. tak sanggup nak tahan sakit lagi. so bye bye buku lama.serious hidup pening macam ni. betul-betul buat hidup penuh dengan tanda tanya dan tidak keruan . OMG !!!!
Posted by melissa mokhtar at 12:37 AM 0 comments
Wednesday, November 23, 2011
selamat datang buku baru (:
lama sungguh tinggalkan blog tanpa sebarang penambahan. well, blogging is still a part of my life. i wont stop blogging. so, terlalu banyak kisah yang lama tersimpan dalam hati. cuma kekangan masa , tempat , menjadi penghalang utama. walaupun cuti 2 mggu, tapi hati masih tak tergerak untuk update any post.normal hidup sbg seorg manusia, satu hari pelbagai sejarah tercipta.
KISAH 1
tak semua indah tentang cinta. hubungan pasang surut dan penuh dugaan.setelah pelbagai aspek diambil kira, akhirnya hati nekad untuk memutuskan hubungan. yea mungkin jalan terbaik supaya tak ramai yang akan terluka. okay kuna punya ayat.walaupun hati memberontak masih sayang, tapi terpaksa. kalau ada jodoh, insyaallah akan ketemu juga. so dah almost 2-3 month dah. kadang-kadang ada laa juga rasa rindu teramat, tapi hati ditabahkan. and all my friends around me keep saying ' YOU CAN DO IT ' . so itu dah cukup memberi makna untuk teruskan hidup lagi.
KISAH 2
so hati dah tekad nak mulakan hidup baru. dulu sikap yang cukup suka sendri sekarang try untuk dikurangkan. dulu selalu juga org kata sombong and so on. so try untuk layan semua org sama rata. taklaa kata bebas sgt, cuma still ada batas sebab hati mcm masih tunggu dia ? daaa mcm tu laa. and seronok dpt berkenalan dengan anda-anda semua. you all really cheer up mylife. tapi habit untuk observe org masih takdapat dielakkan. kritikan dalam hati mcm dah jadi hobi. tgk org ni, mula lah berkata mcm2 dlm hati. dan kadang2 terhibur tengok gelagat manusia yang try untuk rapat dengan somebody yang menggunakan cara yang tak sangka-sangka. apa-apa pun, this is mylife.
KISAH 3
cuti sem baru habis. so this week start lecture baru. tapi my mind still lembap2 lagi nak terima ilmu. almaklumlah cuti 2 mggu tgk tv, tidur, tgk tv tidur, then makan. mmg lambat nak acccept thing. final sem 1 pun dah habis, so determination lagi tinggi untuk skor betul-betul untuk sem 2. rasa sgt rugi kalau lepas peluang mcm tu je.dah laa belajar kos sains hayat, tiba-tiba tak dapat ambil kos perubatan. oh sad gilaa. dah berazam dapat je kerja nanti, nak hadiahkan sebuah kereta kat parents. well they should deserve it.
KISAH 4
tak sangka dapat belajar kat UM. semua orang seems to be so proud bila dengan UM. tapi rasa mcm biasa je. tapi bila lama-lama tu, rasa mcm oh beruntung nya dapat masuk UM. peraturan yang sangat reasonable. so nak balik pukul berapa2 pun tak kisah. a week before exam, we almost spend the kost time kat library. habis study kat library, masing perut lapar. so pergilaa cari kdai makan. ingt lagi 1 moment bia continuous berapa hari pergi MCD SS14. and staff sana pun mcm dah recognize dah muka-muka ni. and ada 1 night, pg DOMINO's kat TTDI, beli tapau makan kat AAJ. stay sampai 1 lebih baru balik. sangat cool. dan bertuah dapat kawan-kawan mcm dorg. boleh pula timbul skandal among us. haha sumpah tak boleh blah.
cukup sampai sini kot. taksabar nak tunggu dapat photo-photo since masuk PASUM.
*cant believe that i've wrote all this.
Posted by melissa mokhtar at 4:50 PM 0 comments
Wednesday, August 10, 2011
MOHAMMAD ALLAN HAZIQ MAH
oh lambat post this entry. ada je masa sebenarnya tapi tak tergerak nak tulis. so ALLAN dilahirkan di KLINIK UMRA , SHAH ALAM. balik dari kolej , berbuka kat rumah then terus pergi klinik. tunggu punya tunggu sampai 11 lebih baru delivery. itu pun operation. normal terlalu sukar bagi struktur badan kakak yang kecil. ALLAN bagi impak besar, pangkat dari kakak ke MAK TEH, so tanggungjawab makin besar, beli baju pakaian ALLAN. almaklumlah, anak buah yang sulung.
keSEPETan tetap terserlah. |
sumpah rambut macam BECKHAM. |
oh ALLAN. |
Posted by melissa mokhtar at 11:30 PM 0 comments
Monday, August 1, 2011
RAMADHAN, MID SEMESTER EXAM 2011
oright so hari ni 1st day puasa. pagi-pagi dah dikejutkan pukul 4 lebih suruh bersahur. tapi tidur balik. haha awal sangat kot. 5.30 baru bangun buat milo sahur muffin. so pagi sehingga tengari memang menghadap buku. almaklumlah hari ni 1st day exam. so bertolak ke dewan peperiksaan pukul 1.45pm. dah sampai , boleh sesat taktau mana satu pintu. tapi alhamdulillah jumpa juga. so masuk dalam dewan haha taksangka duduk1st row sekali . nasib baik menghadap perempuan. and guess what ? dia duduk bertentangan beberapa baris. so senang lah nak nampak dia. mula2 just wiching dia duduk area2 sini je. haha yup dan bukan kebetulan. tapi hanya sekali dua pandangan menerjah. keberanian masih tak cukup. so only left 4 days menikmati saat2 leisure ni. tamat.
Posted by melissa mokhtar at 7:14 PM 0 comments
Friday, July 29, 2011
HE IS THE ONE, MIGHT BE.
okay. tak pernah-pernah mimpi pasal dia tiba-tiba termimpi pasal dia. hebat betul aura dia sampai boleh terbawa-bawa dalam mimpi. okay dalam mimpi tu dia teman ke mana entah tapi it was shocked, very shocked to know that it was him. sumpah rasa taknak bangun tidur je. tapi apa boleh buat, mimpi mainan tidor.2 bulan jagung yang tersangat muda punya moment je pun. moment ? tak sangat lah. eh tak langsung pun. bertegur bersenyum tak pernah sama sekali. haha meminati dari jauh. adore dengan sikap dia yang suka sendiri, non-group fanatic . yea style yang simple . hanya beberapa individu saja yang mengetahuinya. tak perlu heboh-heboh kot sebab setahun je pun. dan bukan serius sampai tak dapat frust menonggeng. just follow the flow. but 1 thing, dia tak pernah tau. haha takpelah sebelum ni pun pernah meminati tersimpan pendam perasaan selama 1 tahun setengah, cool je. but seriously wishing hoping that we can either just be friends, at least a moment. (:
Posted by melissa mokhtar at 11:21 PM 0 comments
Saturday, July 9, 2011
TANPA TAJUK
oh hari yang sungguh menguji keimanan. apa yan selama ni dirancang spoiled mccm tu je. kata 'maaf' diucap. sememangnya tak boleh dibanding dengan perasaan yang membuak-buak. serba tak kena dibuat bila apa yang dihajati sekian lama tak kesampaian. nak merasa pun tak sempat. tau-tau ohh, dah ada . tanpa sebarang berita. the owner tak tau apa-apa. serius terasa gilaa . SANGAT. rasa nak menjerit '' eh aku tak merasa lagi lah kenikmatan tu''. tapi apa boleh buat . itulah sikap manusia. hari yang sangat malang. mengundang segala kemarahan ! but 1 thing really make me alive , at least a moment. finally setelah sekian lama menjadi stalker fb, semata-mata mencari 'dia' punya fb, finally jumpa ! haha R.A. menjerit dalam bilik bila dapat jumpa. at last, haha. so nama dah tau, so apa step seterusnya ? i'll wait and see. :)
Posted by melissa mokhtar at 12:41 AM 0 comments
Sunday, July 3, 2011
apabila nyawa hampir tiba.
so semalam perjalanan yang sungguh memenatkan. bangun pukul 6 pagi, solat mandi siap-siap pergi balik KK. dah lama decide nak pakai baju kebaya nyonya. last pakai time kenduri kahwin kakak. almost 8 month. nasib baik muat lagi. so sepanjang perjalanan memang tidur. tau-tau dah sampai IPOH. breakfats pun tam ambik lagi. mama teringin nak makan mee kari. time otw nak pergi pekan, area traffic light kat jambatan sayong, insiden yang betul-betul hampir meragut nyawa berlaku. entah apa kena kat bangla yang bawa lori. belok tak reti nak tgk side mirror. nasib baik brek kereta makan. serius dalam kereta menjerit bagai nak rak. oh masih teringat la macam mana lori tu lagi 1 inci nak langgar kitaorang. tapi alhamdulillah ALLAH masih panjangkan umur kami semua. benda nak jadi, apa boleh buat. tengah-tengah menikmati makanan, badan still menggigil lagi. sumpah trauma.
kat kenduri pula, tepaksa menjadi pengapit untuk pengantin. adoi, menyesal pula pakai baju kebaya nyonya. tak pasal-pasal kena jadi pengapit, buat kali kedua pula tu. hilang seri dah . dan lambat lah kahwin macam ni. 2 tahun ? haha namapak tak sabar sangat nak naik pelamin . *kata orang lah.
Posted by melissa mokhtar at 10:21 PM 0 comments
Saturday, July 2, 2011
DOMINO'S DELIVERY ,
so hari ni kitaorg decided nak dinner Dominos, memandangkan kawan dah kempunan sangat nak makan. dan kebetulan dia ada belambak punya kupon. standard manusia lah nak banyak-banyak tamak. so kitaorg pun order pakej RM50, 3 regular pizza. dan add up another kupon voucher, dapat another free regular pizza. and total up, 4 REGULAR PIZZA ! padahal makan 2 org je pun. so they send the pizza sampai kolej 12, waiting kat blok D. nasib baik sedikit kerana taklah ramai yang ada kat sekeliling. sekali dia keluar dari perut motor, ambik kau. 4 kotak pizza Dominos . haha RAKUS gila. then kitaorg cepat-cepat bawa naik bilik. elok pula taklama tu, waktu maghrib dah masuk, kawan pun berbuka puasa. dijemput jiran-jiran sebelah menikmati bersama. nasib baik lah habis juga keempat-empat pizza tu. nama pun perempuan. gilaa nafsu. so esok balik KK. taktau why but feels over excited, mcm pulang ke tempat asal. tempat asal ? tak jugaa.
*sedikit tambahan mengenai kisah jejaka kacak. " finally si gadis berjaya untuk duduk di sebelah lelaki pujaannya. dan langkah pertama pun bermula pabila si gadis mengambil segala peluang yang ada untuk bertanya apa saja kepada si jejaka tersebut. haha tahniah wahai si gadis. si jejaka , takkan tak perasaan sekeliling kau penuh gadis-gadis yang memuja kau ? "
Posted by melissa mokhtar at 12:14 AM 0 comments
Monday, June 20, 2011
JEJAKA KACAK .
tajuk yg sangat interesting untuk ditulis. haha tergerak untuk tulis tajuk ni memandangkan perasaan yang selama ni terbuku. yea takda siapa pernah tahu melainkan mulut capoi sangat terbagitahu. okay 1 insiden this evening, jadual pergi amali biology. so we're divided into many main group started with alphabet. takdirku di group S. in the group , we've been divided into smaller group which is S1 , S2 , S3. i've been choosed to be in S1 group. haha so sampai kat lab BIO, everyone seat according to their group. dan terpaksa bercampur lelaki dan perempuan. cool ? haha. sedang-sedang lecturer bagi explaination, terpandang tak sengajanya seorg gadis 'usha-usha' kucing kat seorg mamat ni. every action gadis tu buat mesti jeling jejaka ni. haha bertuahnya jejaka tu.
dari insiden tu, actually just nak share opinion dari sudut saya. sumpah perhatian perempuan akan terganggu kalau jejaka kacak tahap dewa berada depan atau sekitar mereka. mula lah nak betulkan tudung, baju. then jeling-jeling. adoi haha commonlahh. dewasa sikit cukup. yea saya sangat-sangat admit jiwa kadang kacau terganggu dgn perasaan yang sia-sia. perasan orang tu pandang kitalah, eh hensem gilaa and wishing that guy will be my boyfriend lah. haha lumrah hidup. yang penting ingat tujuan apa datang sini. lagipun setahun dan biarlah benda tu datang dengan sendri bukan kita yang pergi terhegeh-hegeh mencari. maruah jatuh, dan tak adventures dah.
nota kaki: tahniah jejaka yang punya pandangan yang menyenangkan, anda sangat diminati oleh kaum hawa yang berkejar-kejar untuk mendapat perhatian 0.1 % dari anda !
Posted by melissa mokhtar at 6:33 PM 2 comments
Tuesday, June 14, 2011
pengalaman 1 di PASUM.
setelah penat mentelaah keempat-empat subjek, otak tepu tak mampu menerima ilmu yang lain. so pergilah jenguk jiran sebelah, Sella. hati teringin nak pergi meronda-ronda sekitar tasik, atau apa-apa yang boleh melapangkan dada. Sella pun setuju nak ambil angin. sunyi juga bila turun ground flour. khabar berita pasar malam disana sini tersebar berleluasa. takpa abaikan yang penting dapat tenangkan fikiran. beban dalam otak fikiran terasa terbang menghilang. alangkah bagusnya kalau tipa-tipa hari macam ni. then, Sella ajak pergi pasar malam. okay taksalah kalau pergi. lagipun minggu ni je free, next week dah full pack. so agree je dgn cadangan Sella. disebabkan taktau pasar tu kat mana, Sella pun ajak rakan yang tau. so kitaorg semua meet dalam pukul 6.30pm. then berjalan ke DTC sambil berusaha menahan teksi. ada yang berhenti taktau kat mana, ada yang berhenti taknak tolong pula. finally dapat juga naik teksi. Ohh jam kat flyover , OMG. haha takpe peak time. finally baru realise UIA untuk asasi tersangat lah dekat sini. okay haha . so sampai round, cuti mata , nafsu makan membuak-buak. jam dah pukul 8, solat maghrib belum lagi. so kitaorang decide untuk balik . jalan kaki dari pasar malam ke masjid UIA. haha muka selamba minta izin tumpang masjid. asalkan perkara wajib dilaksana. habis solat, kitorg tunggu teksi depan pagar masjid, takda satu teksi pun nak stop. adoi. finally, metro bus stop. nasiblah uncle cina tu baik hati bagi tau bustop mana perlu diturun. akibat semua takpernah naik bas. haha . sampai pagar UM, kebetulan teksi pun sampai. pujuk punya pujuk, dapat lah naik 6 org 1 cab. haha punya berimpit-impit. bayaran pun ditentukan sendri. haha terbaik.
nota kaki: bila revise balik, tak sangka dah tempuh pengalaman macam ni. apa-apa pun, hari ini hari mengajar keenam-enam kami menjadi seorg yang lebih matang.
Posted by melissa mokhtar at 10:35 PM 0 comments
Saturday, June 4, 2011
MINGGU HALUANSISWA PASUM 2011
banyak kisah terjadi sepanjang minggu ni. 1stly, sumpah rindu gila nak on comp. blogging . okay so activity of the week cukuplah memenatkan. so pagi-pagi lagi papa dah bertolak datang UM ambil. balik rumah terus tidur. tau-tau papa call suruh bangun. rupanya dah nak almost 6 ptg. hoho memang tak sangka. okay point-point di bawah menyenaraikan perkara-perkara yang hebat sepanjang minggu haluansiswa pasum.
- 1st day daftar, sungguh memeningkan . segala harus dibuat sendri. dan berjalan kaki dari kolej 12 hingga dewan tunku canselor yang bagaikan 1 kilometer.
- bangun pagi pukul 5.15 am. 3 jam tidur memang tak cukup. aktiviti riadah , makan , pergi dewan gemilang. malam pun begitu. habis event semuanya dalam pukul 2 am.
- aktiviti yang sama . pengalaman membawa barang-barang 'amanah' sambil berlari terutama payung yang terbuka dengan baju kurung. sauna gila.
- banyak cheers diajar oleh PP ( pembantu pelajar). kecuali biro disiplin yang tak pernah menari sehingga malam kebudayaan kerana dipaksa lead sorakan.
- baju kotor yang tak terniat untuk basuh sehingga balik rumah . nasib baik sempat kering semua.
- ' nyawa-nyawa ' berharga tak dipedulikan . asalkan penat hilang cepat.
- ditipu hidup-hidup pada MALAM PROTOKOL kononnya lah. rupanya semua asasias terkena BANG BANG BOOM.tak sangka dan memecah rekod tradisi.
- ragam manusia pelbagai. keinginan harus dikawal. tujuan asal nak belajar sahaja. 1 tahun je pun.
- alhamdulillah mendapat sains hayat satu, walaupun soalanBI tu semua jawapan betul.
- suhu melamapu dalam dewan tunku canselor yang menyebabkan majoriti menggigil kesejukan.
- SEL 26 yang sentiasa bergelak ketawa dengan gelagat ABU.
pengalaman tak dilupakan atas kesudian PP untuk bersama dalam minggu haluansiswa. PP yang terbaik. so 1 tahun, masih banyak dugaan menanti . bersabar dan teruskan usaha disamping bertawakal.
Posted by melissa mokhtar at 11:27 PM 0 comments
Tuesday, May 24, 2011
DZAHIER HAZIQ M. MUIN
inilah lumrah hidup. yang datang mesti pergi. perkara yang tak dijangka. berita tanah runtuh malas nak ambik tau. simpati tetap ada cuma itulah DUGAAN. terima kasih pada HAZIQ ISHAK, tanpa anda, katak bawah tempurung lah saya. ingatkan hanya khabar angin, tapi semakin banyak bukti mengatakan DZAHIER salah seorang dari yang terkorban. " macam mana lah DZAHIER boleh ada kat sana ? " itulah persoalan semua orang . tapi apa nak buat . ajal maut di tangan TUHAN.
walaupun ENGKAU tak serapat mana, tapi ENGKAU pernah hadir hidup dalam diri aku. memegang peranan berat sebagai ketua kelas 5 AL-BATTANI, ENGKAU tetap disanjung. memori yang takkkan pernah aku lupa tentang ENGKAU ketika aku ke hadapan kelas untuk ujian lisan. jasa pertolongan ENGKAU ' miming ' memberi clue tentang tajuk H1N1. sumpah aku tak lupa. ENGKAU begitu terselah saat perlawanan Bola Jaring antara rumah , Bola Sepak, Bola Tampar segalanya lah. teringat kenangan bila ZIKRI ajak aku study sama-sama kat PAVI dengan BABY. taklama , ENGKAU datang bersama HANA. then mula lah perbincangan nak sambut hari lahir CKG RUFIZA. melihat telatah ENGKAU tidur dalam kelas, menjadi imam, mengetuai bacaan tahlil masa puasa, benar-benar buat aku rasa sebak.
niat ENGKAU suci ke rumah anak yatim tu. tapi dah ditakdirkan ENGKAU menemui ajal disana. redha dan pasrah sahaja. tidak keruan dibuat sepanjang hari tu. impak masih terasa sehingga kini. semoga ENGKAU ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan dicucuri rahmatNYA.
nota : AL-FATIHAH buat allahyarham DZAHIER HAZIQ M. MUIN yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di HULU LANGAT, SELANGOR pada 21 MEI 2011.
Posted by melissa mokhtar at 9:29 PM 0 comments
Saturday, May 7, 2011
SELAMAT HARI IBU (:
semua punya kisah masing-masing mengenai hari ibu. best betul dapat tengok celebration-celebration hari ibu. alangkah bahagianya jika masa dapat putar balik. " oh God, how i miss that moment so much." benda yang terjadi apa boleh dikenangkan. terima nasib seadanya lah. memori pahit yang aku alami memang tak siapa yang jangka. 1 week after Chinese New Year, mama kena admit kat Hospital Pantai. so jadual harian selepas sekolah teman mama kat wad. weekend bergilir-gilir adik beradik stay bermalam. 99% badan mama bengkak serius macam belon.
setelah berbincang sekeluarga, we decide tukar mama masuk PPUM. unexpected gila mama terus admit masuk ICU. almost seminggu juga mama tak sedarkan diri. hati masih ditabahkan memandangkan masih baru kat sekolah MGS. berulang alik dari Klang ke PPUM macam dah jadi rutin. weekend wajib stay overnight kat wad. keadaan dah kembali stabil, mama tukar ke wad biasa. ramai kenalan-kenalan keluarga datang mengjenguk. sebak hati bila teringat nasib mama.
one day kat sekolah, tiba-tiba Nurul jumpa Pn. Tan yang sedang ajar ADD MATH nak minta kebenaran nak bawa aku pulang. dah lihat perubahan muka Nurul ni , dalam hati dah agak, " this must be something wrong. " tekaanku tepat. mama kena admit masuk ICU balik. condition mama sangat kritikal. until that moment barulah rakan sekelas tahu the truth. semua orang tak sangka. muka nampak cool tapi hati tengah bertarung dengan perasaan. sampai je kat wad ICU , kena tunggu kat luar wad. sumpah tak dapat tahan kesedihan. dengan ramainya saudara yang ada. masing-masing bagi semangat tabahkan hati.
"ma, jangan tinggalkan cha. nanti takda sapa yang nak ambil berat kat cha lagi. nanti macam mana kita orang nak sambut hari lahir mama, hari ibu. ma jangan tinggalkan cha. " hanya itu doa ku setiap saat. tak lama , doktor keluar. doktor ajak pergi satu bilik. so kami sekeluarga pun follow. " sebenarnya Pn. Suria telah mengalami komplikasi dalam sistem saraf atau SLE. penyakit ni memang sukar nak detect sebab simptom-simptom bagi setiap orang berlainan. lagi satu, Pn. Suria telah mengalami kegagalan jantung berfungsi semasa kami cuba memasukkan tiub pernafasan. " kakak, koko, aku, nurul, papa mula merintih kesedihan. hilang insan teristimewa. "tapi alhamdulillah, Tuhan masih memanjangkan umur dia, dia kembali bernafas setelah 5 minit. kesan kegagalan jantung menyebabkan sebahagian dari otaknya kematian sel. jadi mungkin sebahagian dari memorinya akan hilang. " Ya Allah, kau masih panjangkan umur mama. Syukur Alhamdulillah.
keadaan kembali normal bagi keadaan kami, tapi tidak bagi mama. mama begitu terseksa untuk memulakan hidup baru. mama tak ingat langsung siapa papa, chacha, kakak, nurul koko. mama selalu menangis. mama bukan mama yang dulu. tapi berkat doa dan kesungguhan semua, Alhamdulillah ingatan mama pulih dari hari ke hari.
so, hampir dua tahun peristiwa pahit berlaku, setiap saat takkan aku lupakan. kadang-kadang sebak juga tengok kebahagiaan orang lain. sebak juga tengok orang yang tak menghargai ibu mereka sekarang. esok Hari Ibu, beratus ribu kali wish mama pun mama takkan ingat. tapi jauh sudut hati, aku sangat merindui mama yang dulu. teramat sangat. jadi sesiapa yang pernah memberi semangat dorongan kat kami sepanjang dugaan ini, terima kasih tak terhingga. semoga ALLAH membalas segala jasa budi baik anda semua.
nota: hargai ibu-ibu, mama-mama anda sekalian, selagi mereka masih bernyawa.
Posted by melissa mokhtar at 10:40 PM 0 comments
Friday, April 29, 2011
YEA, I DO.
semalam merupakan hari yang sungguh-sungguh memenatkan. itulah baru namanya berjalan di KL. dari KL sentral ke masjid jamek, then keluar bangunan lintas jalan naik STAR ke PWTC. sampai PWTC, lintas jalan finally baru sampai kat book fair. sumpah ramai, sesak dgn budak-budak sekolah yang lengkap beruniform. *teringat pula zaman sekolah. perut dan berkeroncong, ^eh betul ke ejaan ? okay move on. so setelah dibincang, mid valley menjadi pilihan. so we decided makan kat the spaghetti farm. the round teh whole mid. plan nya nak tgk movie. tapi mcm tak sempat. nak main bowling, dah lama sgt tak main pula. but moment manis tak boleh lupa. i won't forget this moment. i just can't stop holding his hand. and i can't go any further away from him. yes syg, i do miss you so much.
Posted by melissa mokhtar at 12:00 AM 0 comments
Sunday, April 24, 2011
jalan hidup cerita manusia.
hebat punya harini. tiba-tiba rasa nak ' expand ' blog ni. yea seronok bila baca cerita manusia. menjadi satu lagi sumber kepada aku untuk berkarya. mungkin akan aku try untuk spend most of my time to read all my friends blog. act im trying to stop to write anything that are related to him. wishing im pass. and counting the day for the JPA's result. damn seriously wishing that i was selected in 1500 student. and my biggest wish that i had missed, meeting ' TUN DR.MAHATHIR ' . oh God, he is one of my most adorable leader. i almost cry when i have to cancelled my plan to BOOK FAIR during the saturday, the only day that MAHATHIR was there. im just wishing that i could spend a whole day with my idol. haha seriously never came true lahh. my mind keep moving around thinking what should i write next. maybe this is it.
Posted by melissa mokhtar at 9:51 PM 0 comments
Monday, April 18, 2011
hidup setelah mati sebentar.
nota kepala: khas buat DIA yang punya segalanya.
LEGA. kepuasan akhirnya tercapai. keberanian yang dikumpul selama ni berbaloi. tak sangka selama ni apa yang aku agak tepat. maaf aku katakan. blog tersebut jujurnya aku tulis mengenai kejadian yang sedang menimpa. tidak terkait langsung dengan masa lampau. kau tak perlu risau. aku adalah orang yang mudah memaafkan. tapi kelemahan aku, aku orang yang cukup menyimpan perasaan. aku takut masa lampau tersebutlah yang menyebabkan sayang aku pudar. sumpah aku takut.
tetapi malam itu, kau hidupkan aku setelah hati aku mati untuk beberapa ketika. kau ukir perasaan bahagia yang lama aku tak alami. kata-kata azimat kau bangkitkan aku dan sedarkan aku bahawa hanya kau yang aku perlu sekarang. rindu terhadap segalanya membuat aku terus mengejar kau. sekarang, adanya kau cukup buat aku hidup.
tersedar aku dari lamunan perasaan. lamanya. aku menang mencari jawapan yang kosong. benar, jauh mana aku hilang, aku akan kembali pada dia juga. mungkin aku hanya untuk dia. harap begitu juga dia. perasaan hati yang sukar dipisahkan . walaupun rintangan berpusu-pusu mendatang. jarak milimeter yang mencecah angka 9, tetapi masih utuh ikatan. dan kini, aku ingin mencipta sejarah-sejarah baru setiap saat antara kau dan aku.
harapan aku : semoga kau pun memiliki perasaan, impian dan harapan yang sama. aku selalu mendoakan agar hubungan yang terjalin diberkati dan dijauhkan dari segala kejahatan. aku yakin, " we're meant to be together. "
Posted by melissa mokhtar at 3:33 PM 0 comments
Thursday, April 7, 2011
TERSEDAR DARI REALITI REKAAN HATI
dah lama merasa tentang perkara ni. akhirnya memang diakui oleh hati terdalam. benar aku rindu saat itu. hanya beberapa masa sahaja, tapi impak dalam hidup memang terbesar. aku belajar menjadi aku. aku mendalami ilmu keagamaan, memantapkan keimanan dihati. terima kasih wahai insan yang ku gelarkan sahabat.hidup bersama kau mengajar aku menghadapi mainan lakonan duniawi. kau mengatakan dunia ni penuh lakonan, yang penting hanya keimanan dan kepatuhan kita terhadap Tuhan Maha Esa. sambil kita semua sibuk mengejar kekayaan ilmu dan harta, kau bimbing aku supaya tak lalai dengan segala godaan. sumpah aku tak lupa segala itu. pernah terlintas di hati aku mengharapkan kau akan menjadi teman hidup mati aku. tapi aku fikirkan adalah mustahil untuk menyatukan kita atas cinta. setiap masa aku merindui saat itu. kini aku jadikan waktu itu sebagai dorongan bimbingan aku untuk terus hidup di landasan yang betul. terima kasih ENGKAU.
Posted by melissa mokhtar at 11:48 AM 0 comments
Wednesday, March 23, 2011
tawakal, redha, alhamdulillah.
belum sempat ambil result, dah singgah toilet dulu. terkejot beruk junior f1 jumpa bekas senior dorang. *peduli apa, tak tahan pabila menjadi orang pertama yang sampai. semang teramat. seketika kemudian, datang seorang demi seorang . dewan kecoh dengan batch nova. almaklumlah dah 3 bulan tak jumpa bagaikan 3 tahun. semua berkumpul di luar dewan. cikgu mula menjalankan tugas memanggil nama pelajar dari dalma dewan. "maaf cikgu, kami sangat tak bersedia. tiba giliran, mama duduk disebelah. * ohh semua A. adoi tangan berketar-ketar membelek sijil dalam poket kertas. sekali lagi. ""maaf diri, aku hampakan impian cita-cita kau.
tergadai DSLR idaman , biasiswa percuma. mata air mengalir bukan kerana gembira, tetapi kesedihan yang mendalam. aku hampakan diri aku.
tiba di rumah, pc dibuka. jpa menjadi pilihan. hati terpaut dengan POLAND dengan NEW ZEALAND. tekad diri menjadi dorongan. ia pasti menjadi realiti. credit untuk diri ;
mama: 1k
papa: lebih skit dari mama
abang: 0.5k
yang lain terima saja.
nota kaki: tahniah sahabat perjuangan. kita berjaya buktikan NOVA terhebat. pertama di hilir perak, keempat di perak. *tradisi tak dipecah rekod sehingga lahirkan anak kedua "kata ketau batch terbijak.
Posted by melissa mokhtar at 11:52 PM 0 comments
Tuesday, March 22, 2011
between life and death
so result keluar esok. cuak teramat cuak. macam lelaki yang nak lafaz kata nikah. terhebat perasaan. dah lahh mempertaruhkan banyak benda. antara hidup dan mati. abang ipar DSLR, abang kandung mata wang, sensei pula impiannya melihat aku di IRELAND belajar medic, mama papa nak aku jadi doctor, lastly, diri sendiri. scholarship yang tak boleh dilepaskan.
nota kaki: "kau lupakan je dia. mesti ada hikmah perkara ni berlaku. mana taukan lelaki tu tak muncul lagi. kau tunggu je, tiba masa, lelaki tu muncul lahh .
Posted by melissa mokhtar at 9:44 PM 0 comments
Sunday, March 20, 2011
KAU HEBAT !
aku tabik hormat kat KAU lah LELAKI. takda siapa yang dapat kalahkan KAU. setiap kali aku cuba lawan permainan yang KAU cipta, aku kalah. KAU pemenang turutan. kenapa eh KAU senang datang dan senang pergi ? KAU sunyi KAU cari aku , KAU gembira, KAu naik kepala, tahu pulak KAU nak cari orang lain. KAU buang aku jauh-jauh, lepas Kau bagi aku harapan untuk hidup balik.KAU ingat senang ke nak lupakan apa yang telah kita sama lalui. kalau KAU kata, senang lahh, KAU LELAKI. sekali petik 20 datang. aku memang tak faham. apa yang KAU nak sekarang. tahu tak aku hampir recover selepas KAU buang aku jaoh-jaoh. tapi aku bodoh, melayani segala kerenah KAU. aku hanyut dengan kata-kata KAU. sekarang aku bagai ketagihkan dadah kegemaran aku, iaitu KAU ! bukan kadang-kadang aku terbayangkan KAU, tapi apa sahaja yang aku pandang, mesti aku nampak KAU. Kau tahu tak betapa kuatnya KAU dalam jasad aku ? ternyata KAU terhebat .
Posted by melissa mokhtar at 11:06 PM 0 comments
Saturday, February 26, 2011
a day to remember, SUNWAY.
at last, dapat juga melepaskan beban di bahu. at first, meronta-ronta nak keluar, semua yang diajak sibuk lahh, ada hal lahh, and so on. nasib menyebelahi . akhirnya keluar juga dengan ain. setelah sekian lama tak jump,. akhirnya bertemu juga. 10 am bertolak dari rumah, sempat menaiki tren pukul 10 and stop kat stesyen padang jawa. ain's father fetch me and terus pergi sunway.
as we arrive, major the shop dah lawat. an inccident that i wont forget the most.
*baru je melangkah ke Forever 21 ,tiba-tiba .. 'halamak ! takkan dia ada kat sini kot. mati lahh macam ni. apa nak buat sekarang ni. dari jauh dia dah tengok semacam. adoi kantoi lahh. haha yang disangkakan si Dia , rupanya hanya wajah yang mirip hampir dengan si Dia. nasib lahh tak pergi menerpa dia . hmm, soalan lazim. what if the boy is really HIM ? my answer : i'll get to him, i'll snap him face and i'll hug him just to say "YOU KNOW HOW MUCH I MISS YOU ! "
so both of us having lunch at the mahantan fish market. *someone been caught by flirting us . haha btw, thanks for the sweets ,dear waitress. the journey back we;ve been poured by heavy rain. and the night, i had a bad cold plus my most enemy, migraine.
**having the night with hope that i will meet HIM as if i'm still alive . i miss you syg.
Posted by melissa mokhtar at 9:16 PM 0 comments
Saturday, February 19, 2011
older than expected ?
" i felt empty lately ", yupp iman, beberapa hari ni terasa kecelaruan teramat. perasaan berkecamok menunggu nak meletup je. the night when the heart felt excited, the body claim too tired. blanket dipeluk erat sebelum waktunya. ohh malam, "how busy u are sampai tidor pun nak kacau ?". adoii, layan sajaa lahh. melayan telatah manusia yang macam ragam. haha merajok kott. *wishing that him could wish me a birthday wishes, but its just a dream. i was looking to the phone whole night long. no vibration at all. thanks ikkey, u the best ! the birth day is celebrated as normal day. malam makan steamboat sumpah perut nak pecah. teringat detik makan dengan adat, ~hampir tak boleh bangun. the night still empty. his name would never appear. ohh common, its time to be a big girls !
Posted by melissa mokhtar at 9:02 PM 0 comments
Saturday, February 12, 2011
*MOVIE STAR ?!
nota kepala : saat mata terpejam,hanya kau ku terbayang.saat mata terbuka, kamulah yang pertama.
Posted by melissa mokhtar at 9:12 PM 0 comments
Wednesday, January 12, 2011
BEAUTIFUL LIAR
SIAL ! sesuai bagi orang macam dia. gangguan tidur teramat disebabkan insiden yang telah disedari. hutang yang tidak terbayar kepada mereka . percaturan perasaan yang dicipta sekian lama terbongkar. dasar manusia. mangsa mudah dicari. segala diatur dengan penuh strategi. pelan dibuat penuh teliti. PERMAINAN pun bermula . realiti hidup yang tak boleh diterima. penuh pendustaan , itu SEJATI ? cermin diri dulu LAH ! penyesalan tak sudah-sudah. perjanjian yang menjadi pengikat keduanya pecah lubang penutupnya. kecurangan sebelah pihak ketara dilihat terutama berhadapan nafsu tahap dewa. wahai KAU ! ayuh bertanding dalam perlawanan perasaan . pasti aku juara . yakin dan muktamad. kelemahan kau menjadi keistimewaan. bersiap sedia untuk melihat diri KAU dibuang jauh-jauh sejauh yang termampu. kau tak hidup kau mati dalam hati .tidak satu sel pun akan tercatat nama KAU lagi. permintaan ramai yang harus ditunai.permintaan KAU dah ditunaikan, giliran aku ? percayalah , suatu hari KAU akan ternganga melihat kemenangan yang dimiliki aku. ITU PASTI BERLAKU !
**bodoh membenarkan hati hanyut dan dipergunakan terbaik habis.hanya membiarkan masa berlalu. doaku hanya inginkan KAU rasa macam mana AKU rasa. berharap KAU akan melutut bersujud menangis air mata biru KAU pada AKU dimata satu dunia .selamat menghadapinya !
Posted by melissa mokhtar at 11:46 AM 3 comments
Friday, January 7, 2011
AN ADULT, A WEEK (;
banyak pengalaman dilalui, terlalu . setaip hari ada sahaja insiden yang memberikan pengajaran yang akan diingati sampai mati. tak sangka institusi begitu ada juga orang yang sebegini. apalah salah orang tu. orang tu tak pernah pun berkata-kata mengenai mereka, tetapi mereka sibuk sangat. PITY HER. Manusia. bosan betul hidup dengan mereka. macam-macam ragam. sifat hasad dengki membuak-buak. apa yang dibuat semua serba takkena. cara pemakaian pun menjadi isu besar. apa punya manusia lahh macam tu. elok dah aurat ditutup , segala yang wajib dah dilindungi, itu pun masih nak petikai lagi. pelik dengan sikap manusia. angkuh sangat. tugas harian hanya berhenti paling lewat pukul 10 malam. pertama kali kerja sepenuh masa cukup mencabut nyawa. penat hanya tuhan yang tahu. sehingga adik bersiap ke sekolah pun tak disedari. mimpi-mimpi yang dilalui banyak berkaitan dengan dia. betapa sangat memeningkan. bak kata iqa, "cha terlalu fikirkan sangat" mana tak terfikir, teman yang berjanji sehidup semati, entah-entah dia sedang bersuka ria di dunia dia. dia impak terhebat dalam hidup, segalanya berkaitan dia. paling menyakitkan bila tiba waktu tidur. alangkah bagus kalau masa boleh diputar kembali. agar detik mengenali dapat dihapuskan . dia bagaikan EDWARD CULLEN kepada kekasih manusia dia. tidak pernah berhenti menyayangi buah hati tersayang.
*merindui zaman persekolahan, remaja habis !
Posted by melissa mokhtar at 9:56 PM 1 comments
Sunday, January 2, 2011
2011
....
Posted by melissa mokhtar at 12:40 AM 1 comments